Ya Allah...
Lama dah rasanya saya tak update blog... rindu sangat2.. bukan malas, tapi sebab tak berkesempatan.. Sibuk sangat dengan tugasan dan projek-projek yang lecturer bagi..
Kenapa ya tiba-tiba teringin nak post hari ni. mungkin sebab ada sedikit masa untuk coretkan rasa di hati..
Begitulah yang sepatutnya saya sampaikan..
Hampir sebulan lamanya saya memendam rasa bila dia tiba-tiba menjauhkan diri dari saya. Hanya Allah yang tahu betapa hampanya bila saya di sisihkan oleh kawan sendiri. Sebulan lebih tak jumpa. Semalam je ternampak dengan dia. Itupun dia tak perasan.
Apa-apapun apa yang saya nak sampaikan hari ini cumalah catatan ringkas pengalaman apa yang saya rasa sepanjang tempoh yang telah saya lalui ini. So far memang agak menyedihkan, kadangkala tidur berendam air mata. Bukan sebab saya sukakan dia lagi.. Bukan.
Tapi sebab kenapa dia cuba hindari saya dan kawan-kawannya yang lain. Kami tak tahu apa salah kami. Penat berharap dan menunggu, namun hampa. Akhirnya kami redha. Tanggal Awal Muharam hari tu saya nekad melepaskan segalanya. Saya tidak lagi mengharap, redha dengan apa yang telah terjadi.
Selama hampir dua bulan masa berlalu akhirnya tadi hati ini terbuka untuk menegur.. Akhirnya sapaan kami semua di terima.
Syukur pada Allah. Mungkin Allah yang bukakan hatinya untuk terima kami semua sebagai kawannya semula.. Syukran Ya Rabbi..
Rasa macam nak menangis sangat-sangat.. Allah.. T_T...
Saya bersyukur dan saya memaafkan segala perbuatan dia yang bertindak meminggirkan kami semua.. Saya assume dia ada masalah keluarga dan peribadi yang tak dapat di elakkan.. Husnuzon itu lebih baik mungkin??
Oklah.. Ni saje yang saya nak coretkan pada malam ini.. Saya sangat gembira sekarang.. Syukran Ya Rabbi :)
This is my own blog that was created just want to share my own diary .. Everyday’s activity that can be share I would share it here . . Just want to be like public diary . . But I keep my privacy to keep private other people’s story . . thanks for reading . . (^_^) Enjoy your reading ya!
Monday, 26 November 2012
Tuesday, 4 September 2012
Pengakuan Ikhlas
Hai.. da lama tak update kan?? hari ni saya nak cerita tentang pengakuan seorang lelaki mengenai seorang wanita.. Saya dapat perbualan ni daripada laman sosial networking...Bila baca ni teringat saya pada peristiwa di mana saya kena tegur dengan dia...
Jom baca apa pendapat mereka..!
Di suatu petang yang dingin... Hazi bertanya soalan kepada Amir..
Hazi : Amir.aku nak tanya ni. Lelaki suka tengok perempuan pakai tudung kan? So,apa kau nak buat kalau orang yang kau suka tak pakai tudung?
Jom baca apa pendapat mereka..!
Di suatu petang yang dingin... Hazi bertanya soalan kepada Amir..
Hazi : Amir.aku nak tanya ni. Lelaki suka tengok perempuan pakai tudung kan? So,apa kau nak buat kalau orang yang kau suka tak pakai tudung?
Amir : Kalau orang yang aku suka tak pakai tudung..?suka dari segi
apa ek.? Ke suka macam Erra Fazira tu.?
Hazi : Suka lah. Orang yang kau sayang lah senang
cerita.
Amir : Bagi aku lah kan..aku reject dah awal-awal orang tak pakai tudung ni.. Entah eak.. Susah lah kalau nak suruh orang tak pakai tudung ni,pakai tudung.. Lagi satu,bukan
tudung biasa..aku nak tudung yang betul-betul ikut syariat islam.. Tapi kalau orang yang aku suka tak pakai
tudung..maknanya tu adalah suka yang biasa je..bukan suka untuk jadi pasangan hidup..
Amir : Kalau orang yang aku sayang.? aku akan ubah dia..aku akan selalu nasihat kan dia..aku tak nak orang yang aku sayang jadi macam tu..
Hazi : Owh.betul jugak tu. Langkah berjaga
jaga. Lagipun,aurat para isteri nanti suami jugak yang kena tanggung kan.?? Lagi satu, kenapa korang
suka perempuan lembut? Perempuan tak lembut tak baik ke?
Amir : Bukan lembut..tapi ayu lah Hazi.. Sebab tenang je hati kalau tengok.. Tengok gerak geri dia.. Sejuk hati.. Orang lain tengok pun sedap je mata memandang.. Lebih-lebih lagi mak bapak kita yang nak menantu macam tu..
Hazi : Owh. Macam tu pulak.. Ayu? Err..macam Cik Lisa Surihani ke?
Amir : Betul-betul.. Macam
Cik Lisa Surihani..haha..
Rahim : Hehe.... Tak kisah pun yang mana-mana...yang
penting dia seorang yang solehah yang taat perintah Allah dan suami dia dan manusia yang
sanggup berubah ke jalan yg benar kerana Allah, dia merupakan manusia yang mulia
disisiNYA.. insyaAllah..
Amir : Betul-betul.. Aku sokong Rahim..
Hazi : :)
Nampak tak.. pandangan lelaki pada seorang wanita.. Dia benar-benar tak nak tengok wanita yang di sayangi terus hanyut.. Bila terbaca komen ni rasa sejuk pulak.. huhu..
Patutlah dulu Muhammad pernah tegur tudung saya.. Dia tak cerita pada saya tapi cerita pada kawan sekerja yang lain.. Haish.. Ada lagi ke orang yang ikhlas macam dialog kat atas ni ye?? Entahlah.. Biar Allah yang tetapkan smeuanya..oklah. tu je nak share.. bye.
Monday, 27 August 2012
Rasa Rindu Itu
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah.. waktu ini saya terasa sangat sedih dan sayu dengan perasaan yang hadir ini.. Mengalir air mata saya tatkala menaip di papan kekunci komputer ini..Rasa rindu itu hadir hingga buat saya benar-benar terluka.. Saya tak tahu kenapa untuk ke sekian kalinya perasaan rindu dan sayang ini hadir... Kenapa mesti berulang.?? Saya benar-benar dilema dan hilang semangat.. Saya tak tahu dah macam mana nak jaga hati ini bila hati ini teralu rindukan dirinya yang sememangnya tidak halal untuk diri saya..
Saya rasa sedih sangat-sangat.. Kenapa mesti merindu insan yang tidak sepatutnya sedangkan rindu pada Allah kadangkala sekadar di bibir sahaja tapi di hati tidak terlintas pula..Kenapa mesti merindu seseorang yang tak sepatutnya?? Ya Allah... Saya hanya mampu berdoa kerana hati ini terlalu sedih..Ya Allah, ampunilah dosa ini..
Ya Allah....
Hanya Kau yang tahu segala rasa isi hati ini...
Kenapa Ya Allah?? Aku rindu sangat pada dirinya... Dia bukan yang halal untukku.. Kenapa aku di landa perasaan ini Ya Rabbi..
Sungguh aku tak berdaya menahan resah di hati.. Setiap hari ku rasakan pilu.. Kenapa Ya Allah?? Kenapa rasa ini jatuh pada tempat yang salah??
Aku keliru dengan perasaan ini Ya Rabbi..Ini bukan yang pertama dan kali ini rasa sungguh hebat aku terjerat dengan perasaan ini... Hanya Engakau yang tahu...
Sedihnya rasa hati ini...Aku tak tak tahu bagaimana nak jaga hati supaya tiada langsung aku cenderung kepada zina hati.. Ya Allah, ampunkan aku.. Jangan kau biarkan ku tanggung rasa ini sendiri.. Aku perlukan kekuatan untuk teruskan kehidupan... Berilah aku ketenangan Ya Allah.. amin
Saya tak mampu menahan air mata ini daripada terus berlinangan.. Kolam-kolam kaca dah pun berderai.. hanya Allah yang Tahu..Hanya DIA yang rasa apa yang saya rasa.. Sebab DIA yang ciptakan perasaan ini..Saya rasa berat sangat kepala ni nak menahan.. Sakit hati sampai naik ke kepala.. Saya sememangnya ada masalah berkaitan kepala memanglah tidak boleh berbuat apa-apa bila sakit itu menyerang.. Saya dah macam hilang akal bila teringatkan dia.. Kenapa? Saya tak nak semua ni. Saya tak nak rasa ini hadir lagi. Susah saya nak lupakan diri dia..
Awak..... kenapa saya perlu rasa semua ni awak tetapi bukan awak? Dah kali kedua macam ni awak.. sikap awak buat saya lupa diri.Tindakan awak buat saya rasa di hargai tetapi hakikatnya awak tak ada apa-apa dengan saya. Terus terang saya cakap saya rindu kat awak. Saya suka awak.. Tapi awak.. Bukan saya yang minta semua tu awak.. Perasaan tu hadir sendiri awak.
Kenapa mesti saya seorang yang rasa? Awak tak tahu macam mana sakitnya hati ini bila hati ini dah selalu rindukan awak. Saya tak nak Allah benci saya. Saya nak jadi wanita solehah.. Awak... awak pernah tak rasa sesuatu macam ni dalam diri awak? pernah tak awak ada terbit sedikit perasaan rindu pada saya..
Saya ingat lagi waktu dulu.. Awak cerita dengan kawan kita, awak tak suka saya pakai tudung lilit.. Awak larang saya pakai tudung pendek.. Awak suruh saya makan waktu saya tak makan.. Awak suruh saya berehat waktu saya penat. Awak tak paksa saya buat kerja bila saya migrain.. Awak caring sangat..
Waktu tu saya ada tersimpan perasaan suka pada awak.. Tapi saya buang jauh-jauh supaya saya tak leka.. tu semua pernah jadi waktu dulu.. Sekarang perasaan itu hadir kembali.. Minta maaf awak sebab saya suka kat awak.. Saya akan cuba lupakan awak.. Cuma saya perlukan masa dan kekuatan untuk buang semua ingatan saya pada awak.Saya tak nak berharap pada awak.. Maafkan saya.. Awak tak pernah alami perasaan yang sama macam saya, jadi jangan buat saya rindu lagi pada awak. Saya nak jaga hati saya..Kalaulah awak dengar semua ni awak.... :'(
Malam ni saya tidur bertemankan air mata.. saya sedih sangat. Rasa macam nak berhenti kerja terus supaya tak dapat jumpa awak dan boleh jaga hati saya. Tapi semua tu tak mungkin kerana soal peribadi tak boleh campur dengan pekerjaan. Maafkan hati ini sebab merindu dia yang jauh di mata tapi dekat di hati..
Rasa sedih yang amat sangat.. I am crying.. It is so pain!!
Mood singing: MAHAR CINTA
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah.. waktu ini saya terasa sangat sedih dan sayu dengan perasaan yang hadir ini.. Mengalir air mata saya tatkala menaip di papan kekunci komputer ini..Rasa rindu itu hadir hingga buat saya benar-benar terluka.. Saya tak tahu kenapa untuk ke sekian kalinya perasaan rindu dan sayang ini hadir... Kenapa mesti berulang.?? Saya benar-benar dilema dan hilang semangat.. Saya tak tahu dah macam mana nak jaga hati ini bila hati ini teralu rindukan dirinya yang sememangnya tidak halal untuk diri saya..
Saya rasa sedih sangat-sangat.. Kenapa mesti merindu insan yang tidak sepatutnya sedangkan rindu pada Allah kadangkala sekadar di bibir sahaja tapi di hati tidak terlintas pula..Kenapa mesti merindu seseorang yang tak sepatutnya?? Ya Allah... Saya hanya mampu berdoa kerana hati ini terlalu sedih..Ya Allah, ampunilah dosa ini..
Ya Allah....
Hanya Kau yang tahu segala rasa isi hati ini...
Kenapa Ya Allah?? Aku rindu sangat pada dirinya... Dia bukan yang halal untukku.. Kenapa aku di landa perasaan ini Ya Rabbi..
Sungguh aku tak berdaya menahan resah di hati.. Setiap hari ku rasakan pilu.. Kenapa Ya Allah?? Kenapa rasa ini jatuh pada tempat yang salah??
Aku keliru dengan perasaan ini Ya Rabbi..Ini bukan yang pertama dan kali ini rasa sungguh hebat aku terjerat dengan perasaan ini... Hanya Engakau yang tahu...
Sedihnya rasa hati ini...Aku tak tak tahu bagaimana nak jaga hati supaya tiada langsung aku cenderung kepada zina hati.. Ya Allah, ampunkan aku.. Jangan kau biarkan ku tanggung rasa ini sendiri.. Aku perlukan kekuatan untuk teruskan kehidupan... Berilah aku ketenangan Ya Allah.. amin
Saya tak mampu menahan air mata ini daripada terus berlinangan.. Kolam-kolam kaca dah pun berderai.. hanya Allah yang Tahu..Hanya DIA yang rasa apa yang saya rasa.. Sebab DIA yang ciptakan perasaan ini..Saya rasa berat sangat kepala ni nak menahan.. Sakit hati sampai naik ke kepala.. Saya sememangnya ada masalah berkaitan kepala memanglah tidak boleh berbuat apa-apa bila sakit itu menyerang.. Saya dah macam hilang akal bila teringatkan dia.. Kenapa? Saya tak nak semua ni. Saya tak nak rasa ini hadir lagi. Susah saya nak lupakan diri dia..
Awak..... kenapa saya perlu rasa semua ni awak tetapi bukan awak? Dah kali kedua macam ni awak.. sikap awak buat saya lupa diri.Tindakan awak buat saya rasa di hargai tetapi hakikatnya awak tak ada apa-apa dengan saya. Terus terang saya cakap saya rindu kat awak. Saya suka awak.. Tapi awak.. Bukan saya yang minta semua tu awak.. Perasaan tu hadir sendiri awak.
Kenapa mesti saya seorang yang rasa? Awak tak tahu macam mana sakitnya hati ini bila hati ini dah selalu rindukan awak. Saya tak nak Allah benci saya. Saya nak jadi wanita solehah.. Awak... awak pernah tak rasa sesuatu macam ni dalam diri awak? pernah tak awak ada terbit sedikit perasaan rindu pada saya..
Saya ingat lagi waktu dulu.. Awak cerita dengan kawan kita, awak tak suka saya pakai tudung lilit.. Awak larang saya pakai tudung pendek.. Awak suruh saya makan waktu saya tak makan.. Awak suruh saya berehat waktu saya penat. Awak tak paksa saya buat kerja bila saya migrain.. Awak caring sangat..
Waktu tu saya ada tersimpan perasaan suka pada awak.. Tapi saya buang jauh-jauh supaya saya tak leka.. tu semua pernah jadi waktu dulu.. Sekarang perasaan itu hadir kembali.. Minta maaf awak sebab saya suka kat awak.. Saya akan cuba lupakan awak.. Cuma saya perlukan masa dan kekuatan untuk buang semua ingatan saya pada awak.Saya tak nak berharap pada awak.. Maafkan saya.. Awak tak pernah alami perasaan yang sama macam saya, jadi jangan buat saya rindu lagi pada awak. Saya nak jaga hati saya..Kalaulah awak dengar semua ni awak.... :'(
Malam ni saya tidur bertemankan air mata.. saya sedih sangat. Rasa macam nak berhenti kerja terus supaya tak dapat jumpa awak dan boleh jaga hati saya. Tapi semua tu tak mungkin kerana soal peribadi tak boleh campur dengan pekerjaan. Maafkan hati ini sebab merindu dia yang jauh di mata tapi dekat di hati..
Rasa sedih yang amat sangat.. I am crying.. It is so pain!!
Mood singing: MAHAR CINTA
Friday, 24 August 2012
Perasaan Itu
Hari ni saya online facebook..saya buka twitter, saya buka email.. semuanya saya on..Hurm.. dah bape hari dah saya asyik online je.. saya like page, saya like photo, saya like status..
Sedih je rasa... sebab apa? Sebab dia pun buat perkara yang sama.. Mostly apa yang saya update pasti dia like dan komen. Sampai wall post yang kawan-kawan post pun dia menyelit sama..
Tuhan je yang tahu kenapa hati ni sedih.. Sebab apa? Sebab dia tarik perhatian saya.. Saya tak boleh terima semua tu sebab saya rindu kat dia..
Awak.. nape awak buat saya macam ni?? Awak tahu tak tindakan awak tu buatkan saya rasa lagi rindu dengan awak.. Bila awak like semua yang saya like seolah-olah awak tarik perhatian saya..Awak tahu tak betapa susahnya saya nak buang perasaan suka pada awak..
Saya sedih sangat bila awak buat perkara yang saya rasa boleh timbulkan salah paham pada diri saya..awak kan dah ada dia... nape awak macam tarik perhatian saya seolah-olah awak pun suka pada saya..Nape awak buat saya rasa macam tu.. kalau awak tak suka saya please jangan buat macam tu.. Saya sakit nak lupakan awak..
Dua tiga hari ni saya perhatikan setiap update yang berkaitan awak.. Nape awak buat saya macam ni?? Kenapa awak?? Awak dah cipta kesempatan untuk saya jatuh suka pada awak semula...yang paling saya tak boleh lupa ialah waktu saya share link video kat wall saya.. awak komen link lagu yang memang saya suka.. Lagu tu berkaitan dengan luahan hati..
Bila awak buat macam tu seolah-olah awak memang tujukan lagu tu kat saya.. Saya jadi perasan dah awak.. Awak... Please jangan buat saya macam ni awak... Jangan buatkan saya tenggelam dengan perasaan yang tak tentu hala ni..Tadi masa saya tengok gambar awak kat facebook saya tersenyum.. Saya suka tengok awak pakai baju melayu warna kilat-kilat.. Terasa comel pulak tengok awak dengan baju tu... sebab pertama kali saya tengok awak pakai baju melayu..apalah nak jadi dengan saya.. ni semua salah awak jugak... awak yang makin buat saya rasa ss..
Saya harap sangat awak dah tak buat perkara yang buat saya perasan kononnya awak pun minat kat saya..Awak tahu tak sakitnya bila nak lupakan seseorang yang kta sayang? Nak-nak bila ni second time saya tersuka awak.. Susah tau nak jaga hati.. Takut Allah murka.. Saya tak nak couple or cinta sebelum nikah.. So, kalau boleh saya nak elak perasaan tu daripada terus mekar kat hati saya..
Sedih je...Dia tak tahu apa yang saya rasa.. Rasa macam nak jerit je pada dia.."JANGAN MAINKAN PERASAAN SAYA!!".. Entahlah.. saya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk diri saya.Moga ada hikmah atas semua yang berlaku ni..
“Ya Allah, Jika telah tercatat dalam Luh Mahfuz bahawa jodohku dengan dirinya maka kau aturkanlah yang sebaiknya dan jangan biarkan aku sesat dengan cinta yang tak Engkau redha....
Ya Allah, Jika telah tercatat dalam Luh Mahfuz bahawa jodohku dengan dirinya tiada maka kau jauhkanlah hati kami agar kami tidak saling merindu dan berharap pada cinta yang salah yang tak sepatutnya kami leka kerananya... Kami hanya perlukan cinta dariMu.. Ampunilah kami serta bantulah kami untuk tetap terus mengejar cintaMu... Amin...”
Saya bersalah sangat sebab dah rasakan sesuatu perasaan yang tak dapat di jangka. Saya tak tahu kenapa saya susah nak buang perasaan suka yang datang bertandang buat kali kedua ni..
Benar.....Cinta itu satu anugerah daripada Allah.. Fitrah manusia ingin menyintai dan di cintai... Cuma satu sahaja yang saya harap ialah supaya saya tidak leka dengan perasaan ini...Amin...
Mood singing: Ombak Rindu
Wednesday, 15 August 2012
Perasaan Itu Hadir Kembali
Hari ni saya online facebook..dah lama saya tak online.. masa online
saya tiba-tiba terbaca post seseorang dekat satu group mengenai pertunangan
tanpa ibu bapa. Saya pun terus cari artikel yang berkaitan dalam blog Ustazah
Fatimah Syarha.
Bila baca blog tu saya teringat tentang kisah saya. Rasa macam tak
percaya pun ada. Dulu saya macam tulah. Bertunang tanpa ibu bapa.
Bila di fikirkan semula, saya
rasa macam nak buang semua memori tu dalam ingatan saya. Biar tiada kisah
tersebut dalam kisah hidup saya.
Hari ni ramadhan ke 26. Saya rasa macam sekejap je. Macam tak rasa bulan
puasa. Entah kenapa tahun ni lain benar rasanya. Mungkin sebab saya puasa
bersendirian tanpa family. Lusa saya nak pulang ke kampung. Apa yang saya harap
hanyalah supaya perjalanan saya lancar. 3 jam perjalanan. Kalau jalan jam, jadi 4
jam. So, saya tawakal je. Balik naik bas, agak takut juga. Tapi saya berserah
pada Allah.
Tadi masa saya tengah online, Muhammad call saya. Saya tak sempat nak
angkat. Jadi saya call dia semula. Dia cakap dia saje je call saya. Saya
ingatkan ada hal penting dia nak cakap. Agak –agak dalam 5 minit juga saya
bercakap dengan dia. Tiba-tiba terbit pulak rasa rindu pada dia setelah hampir 3
minggu tidak berjumpa dengannya. Lepas sahaja program dan aktiviti berkumpulan
dalam praktikal tamat, kami sudah kurang berhubung. Mungkin sebab tu tiba-tiba
saya jadi rindu.
Ya Allah, kenapalah saya rasa macam ni. Rasa malu sangat dengan Allah
sebab merindui seseorang yang bukan halal dengan saya. Ampunkan aku Ya Rabbi.
Saya tak tahu macam mana nak buang perasaan tu. Kata kakak-kakak
srikandi muslimah, kita kena sibukkan diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat
seperti bersolat, mengaji, berzikir dan sebagainya. Nanti semua rasa yang tak
sepatutnya tu akan hilang.
Betul, memang saya ada buat semua tu. Tapi nanti perasaan itu datang semula. Kadang-kadang saya jadi buntu. Saya malu pada Allah. Kenapa saya rindu pada dia. Saya puas cuba buang semua tu. Tapi tak boleh.
Rasa sedih sangat bila dah tersuka pada seseorang. Tanpa sedar saya dah
buat maksiat hati. Dia tak rasa semua ni. Sebab saya yang suka dia, bukan dia
yang suka saya.
Ya Allah, tadi lepas call dia, dia ada mesej saya mengenai doa-doa
pilihan yang bagus di amalkan dalam kehidupan seharian.
Kenapa dia baik sangat? Bila jadi macam ni saya makin rasa kuat untuk
suka pada dia. Saya baru je nak lupakan dia, nak buang perasaan suka tu. Tapi,
perasaan suka tu makin menebal. Saya pun tak tahu nak buat apa lagi
dah.
Tadi sebelum akhiri perbualan dia ucapkan selamat hari raya pada saya.
Dia kata mungkin awal lagi, tapi saya tak kisah pun dan yang tak sangkanya dia
orang pertama wish eid mubarak pada saya.
Haish.. makin lama makin suka lah
jawabnya saya pada dia. Susah kan bila dah ada hati pada seseorang. Nak elak
perasaan tu memang sukar. Apa daya saya??
Perasaan tu tiba-tiba je ada. Takkan
saya nak tolak macam tu je? Sebab perasaan tu bukan macam sistem dalam komputer
yang boleh copy paste, enter dan delete macam tu je kan?
So, apa-apa pun saya kena cuba
usahakan gak macam mana untuk elakkan perasaan tu supaya jadi lebih kronik
lagi. Huhu, dah macam penyakit pulak bila sebut kronik.
Tapi memang betul pun penyakit. Penyakit hati namanya. Penyakit hati ni memang susah sikit nak ubat. Lambat dan makan masa. Tapi still bole di ubati. Yang penting usaha. Orang cakap usaha tangga kejayaan, jadi kenalah berusaha baru boleh berjaya. Oklah, jumpa lagi nanti ye...
Tapi memang betul pun penyakit. Penyakit hati namanya. Penyakit hati ni memang susah sikit nak ubat. Lambat dan makan masa. Tapi still bole di ubati. Yang penting usaha. Orang cakap usaha tangga kejayaan, jadi kenalah berusaha baru boleh berjaya. Oklah, jumpa lagi nanti ye...
Thursday, 9 August 2012
Hiba Tiba-tiba
Lagi seminggu lebih raya bakal tiba. Saya tak tahu kenapa tahun ni saya
langsung tiada perasaan untuk menyambut hari mulia itu. Entahlah.. saya pun
bingung dengan sikap saya. Lepas raya ni saya habis praktikal.. tak sampai
sebulan je lagi tinggal.Pastinya saya mengharapkan keputusan yang baik atas
semua aktiviti dan pengalaman yang saya lalui sepanjang praktikal ini. After
this, saya akan menyambung semula pengajian saya.
Rasa tak sabar pula untuk
pulang ke kampus bertemu dengan rakan-rakan yang lain..Saya harap sangat semester baru ni ada kelainan dalam hidup saya
lebih-lebih lagi setelah saya lalui praktikal ni. Saya harap praktikal buat
pertama kali ni tidaklah sia-sia dan kosong tanpa ada manfaat apa-apa.
Wednesday, 8 August 2012
Saya Rindukan Allah
Hari ni saya nak sambung kisah saya.. saya nak lupakan semua kekecewaan
yang ada.. Tuhan tu sayang sangat pada saya.jadi perasaan terluka tu taklah
terlalu mendalam.. Saya nak jadi diri saya yang baru..
Tahun lepas, saya ingat lagi waktu bulan ramadhan macam ni saya suka
online malam-malam untuk baca blog-blog berunsur islam. Dan suatu hari hati
saya terbuka untuk berubah.. Waktu tu lah saya pasang niat untuk jadi seseorang
yang baik.
Waktu saya menyambung pengajian saya di institut pengajian di selatan
tanah air, saya daftar masuk dengan diri saya yang baru, Saya start belajar
memakai tudung bersaiz besar dan agak labuh. Impian saya, saya nak berubah jadi
muslimah yang sejati.Namun setelah beberapa bulan saya seperti sudah berubah. Saya perasan
semua tu sejak saya mula bekerja.
Sejak itu saya mula berubah penampilan saya. Saya leka dan lalai. Entah
kenapa saya macam tu. Bila di kenangkan kembali saya sedih dengan perubahan
saya itu.
Hari ni dah setahun rasanya peristiwa di mana saya nekad nak berubah,
dan tahun ini dalam bulan ramadhan juga
saya meminta maaf pada diri saya atas janji dahulu, Lepas ni saya nak
jadi seperti saya yang dulu. Saya yang cintakan DIA daripada segalanya.. Saya
tak mahu leka lagi. Saya ingin kembali padaNya. Sebab saya rindu kasih sayang
Allah. Saya perlukan dia untuk saya
kembali pada zaman dimana saya ingin berubah.
YA RABBI, AMPUNILAH DAKU..
AKU RINDU KASIH SAYANGMU..
AKU PERLUKAN KAMU..
JANGANLAH KAU PERGI LAGI DARI HIDUPKU.. AKU INGINKAN KEBAHAGIAAN YANG
HAKIKI DALAM MENGEJAR REDHAMU.. AKU SANGAT RINDUKAN KASIH DAN SAYANGMU..
LINDUNGILAH AKU DARI SEGALA MAKSIAT DAN KEDURJANAAN.. JANGANLAH KAU
PESONGKAN HATI INI SETELAH KAU BERI HIDAYAH YA ALLAH..
AMPUNILAH AKU.
Saturday, 4 August 2012
Surat Untuk Syafiq
Assalamualaikum..
Syafiq apa khabar? Nur harap Syafiq sihat.
Syafiq.... awak tahu
tak... sebenarnya saya agak kecewa dengan sikap awak.. kenapa? Sebab awak tak
pernah pegang pada janji awak... kalaulah dulu saya tak terima awak, semua ni
takkan terjadi dan apa yang saya rasa waktu ni takkan ada..
Tapi dalam hidup dan
dalam konteks kehidupan Islam sendiri tak boleh kita gunakan perkataan “kalau”
untuk menyesali sesuatu perkara kerana itu seolah-olah kita tidak redha dengan
ketentuan takdir serta qada’ qadar dari Allah.. jadi, saya tak boleh cakap
perkataan kalau untuk perkara yang telah terjadi ni..
Saya rela dan pasrah
dengan semua yang berlaku.. Mungkin ada hikmahnya.. Maafkan saya sebab saya
sudah tidak boleh menerima awak lagi setelah saya tahu awak sudah mulai suka
pada dia.
Awak tahu tak, masa
mula-mula dulu. Saya benci sangat pada awak, pada tingkah laku awak, perangai
awak dan sesetengah perkara lain yang berkaitan dengan awak.
Sebab tu masa
mula-mula awak cakap awak suka saya saya tak endahkan. Tapi, bila dah banyak
kali awak minta pada saya, saya cuba beri peluang pada diri saya untuk terima
awak. Sungguh saya tak tipu memang sukar untuk saya terima awak walaupun pada
ketika awak lamar saya tu awak dah berubah.
Ingat tak saya minta
tempoh seminggu untuk buat keputusan. Time tu saya fikir saya relakan juga hati
saya terima awak walaupun saya masih keliru samada perasaan saya betul-betul
suka atau simpati. Tapi, bila saya teringat kata ibu, saya decide untuk terima
awak. I accepted your propose.. WHY??
Sebab ibu pernah
cakap pada saya, biarlah cari jodoh dengan orang yang betul-betul sayang kan
kita daripada kita je yang sibuk sayang kat dia.. nanti kita hidup tak berapa
bahagia sebab dia takkan jaga kita dengan elok sebab dia tak sayangkan kita..
Jadi, saya terima
awak sebab awak cakap awak sayangkan saya.
Tapi kan awak...saya
tak sangka sayang itu tak lama.. saya setia, tetapi awak?? Apa awak buat pada
saya??
Kadang kala saya
sedih sangat.. Tapi saya tak boleh buat apa-apa. Semua ni dari Allah juga.
Lepas ni antara kita dah tak ada apa-apa lagi.. Kita berpisah cara baik.. Saya
doakan awak bahagia dengan dia.. Mungkin hati saya sedikit terluka namun saya
tahu luka tu takkan lama..
Sebab saya tahu saya
ada DIA.. DIA yang cipta semuanya.. jadi saya tak risau apa-apa. Dulu kan saya
pernah beritahu awak supaya kejar cinta DIA dulu. Tapi awak terburu-buru. Dan
sekarang awak lihatlah apa yang terjadi tak seindah yang kita rancangkan..
Saya bukan ustazah
untuk bagi ceramah pada awak, tapi saya sebagai seorang sahabat ingin
mengingatkan mana yang baik untuk awak. Lepas ni pesan saya jadilah seorang
imam yang terbaik untuk dia. Maafkan saya..
Mungkin salah saya
juga yang tetapkan syarat supaya awak jangan selalu contact saya. Mungkin awak
rasa sunyi. Sebab tu awak cari yang lain
kan??
Tapi awak tahu tak
saya buat semua tu sebab saya nak jaga syariat agama. Saya memang bukan seorang
wanita yang baik malah saya juga bukan bidadari syurga yang sempurna di mata
manusia tetapi saya seorang srikandi islam yang sedang berjuang dalam mengejar cintaNya.
Saya fikirkan satu
hari nanti awak bakal jadi imam yang terbaik untuk saya, tetapi semua tu tak
tercapai jua.
Maafkan saya..
Mungkin sudah tercatat di Luh Mahfuz bahawa tiada jodoh antara kita. Saya
redha. Saya terpaksa lupakan awak. Jangan pernah meminta lagi pada saya.
Maafkan saya
Syafiq.Selamat tinggal. Nur doakan Syafiq bahagia. Amin..
Assalamualaikum..
J
Wednesday, 1 August 2012
Saya Lepaskan Awak Pergi
Hari ni saya nekad untuk meleraikan segala kekusutan yang ada. Saya
leraikan hubungan saya dan Syafiq. Maafkan saya Syafiq.Sebabnya saya buat keputusan in ialah bila saya terlihat komen-komen di
ruangan facebook yang ada pada wall dia. Bila saya baca komen yang ada saya
dapat rasakan hati dia bukan lagi untuk saya seorang. Tapi untuk wanita lain
juga, untuk Zawi.
Malam tu waktu saya online di fakulti kampus saya. Saya tegur dia yang kebetulan tengah online. Waktu tu lah
saya leraikan ikatan kami. Kami berpisah cara baik.Saya tak nak ada hati yang
terluka. Jadi saya nekad undurkan diri saya.
Saya agak kecewa namun saya redha dengan ketentuan ini. Lepas ni bermula
lah episod kisah saya yang single. Jadi, lepas ni saya tak nak lagi terima
mana-mana perasaan yang boleh mengganggu fokus saya. Saya cakap pada dia saya
nak fokus pada kerjaya dan masa depan saya. Dia hanya diam dan merelakan saya
pergi.
Kalau anda lihat semua ni salah saya ke? Saya tak tahu nak buat macam mana. Saya seorang wanita.Saya tahu bagaimana
sakitnya hati bila di lukai. Jadi saya tak nak ada wanita lain yang terluka.
Lantas itu saya undur diri supaya semua orang bahagia.
Biarlah hati saya luka seketika, tapi akhirnya akan ada ubatnya. Betul kan? kata orang walaupun kita suka seseorang tak semestinya kita dapat memilikinya.
Biarlah hati saya luka seketika, tapi akhirnya akan ada ubatnya. Betul kan? kata orang walaupun kita suka seseorang tak semestinya kita dapat memilikinya.
Oklah, sampai di sini sahaja entri kali ini.. semoga bertemu kembali..
Monday, 30 July 2012
Kisah Semalam Antaraku Dan Syafiq
Hai.. bertemu kembali.. Hari ni saya nak cerita sedikit kisah antara
saya dengan tunang saya. Nama dia Amir Syafiq. Saya panggil dia Syafiq. Tak
perlulah saya ceritakan bagaimana saya kenal dengan dia. Tapi saya nak cerita
kisah pasal dia dan saya.
Sebab yang membuatkan saya putus tunang dengannya ialah sebab seorang
rakan wanitanya. Namanya Zawiyah. Orang panggil dia Zawi. Namanya agak unik dan
klasik, tapi itulah dia orangnya. Zawi ni teman sekampus Syafiq. Zawi sangat
rapat dengan Syafiq sehinggakan mereka pernah tertukar handphone sewaktu mereka
sama-sama menghadiri program kampus yang melibatkan aktiviti penyimpanan
barang-barang peribadi. Mereka pernah tertukar handphone semasa mengambil barang-barang
yang di simpan sewaktu aktiviti mereka di adakan. Mungkin di sebabkan model
handphone serta warna yang sama mereka tidak perasan handphone itu tertukar.
Macam ada keserasian bukan? Itu apa yang saya dengar daripada Syafiq. Kesahihan cerita itu saya tak
pasti benar atau tidak.
Oklah, cerita tentang Syafiq dan Zawi bagaimana mereka jadi makin rapat
ialah setelah kisah tertukar handphone tersebut. Pada mulanya bila Syafiq rapat
dengannya saya agak curiga. Tetapi saya buang jauh-jauh perasaan tu. Saya tak
nak prasangka. Saya hanya doa yang baik-baik sahaja.
Sehinggalah suatu ketika Syafiq beritahu saya sebenarnya Zawi dah lama
suka pada dia. Kata Syafiq mula-mula dia memang tak perasan, tetapi bila
rakan-rakan yang lain nampak kelainannya jadi dari situ Syafiq tahu Zawi
sukakan Syafiq. Itu apa yang saya dengar daripada Syafiq. Saya agak terkejut
namun saya berlagak tenang dan cuba pujuk hati saya lebih-lebih lagi bila
Syafiq cakap dia tak suka pada Zawi. Saya lega, namun saya khuatir sesuatu
bakal terjadi juga antara mereka. Sebabnya dulu itulah yang terjadi antara saya
dan Syafiq.
Dulu saya tak pernah ada perasaan langsung pada Syafiq. Tapi
lama-kelamaan saya terima juga dia. Nak tahu kenapa?? Sebab dia beriya-iya
cakap suka pada saya. Acapkali saya dengar dia cakap perkataan tu.
Hurm.. saya tak suka pada dia waktu dulu sebab dia merokok and because
of his interest with clubbing.
Dia pernah cakap dia tak pernah minum air yang memabukkan tu tapi saya
tetap tak boleh terima dia. Sebab salah
satunya saya tak tahan dengan asap rokoknya yang buat saya semput.Lagi satu
bila dia tak ingat diri after balik dari club dia akan cakap bukan-bukan pada
saya. Saya tak suka sangat. Saya benci sangat-sangat. Pernah suatu ketika after
dia balik dari club dia mesej saya yang bukan-bukan. Dia cakap macam-macam pada
saya and he ask me to sleep with him. What a BAD MAN!! Saya benci sangat pada
dia waktu tu. Saya tak suka lalu saya jauhkan diri daripada dia.
Salah satu cara untuk elakkan diri ialah bila dia contact saya, saya
suruh kawan lelaki saya menyamar jadi pakwe saya supaya dia tak kacau saya.
Saya tipu dia sebab saya terpaksa.Saya benci sangat pada dia.
Lama juga dia tak contact saya bila dia tahu saya dah ada pakwe. Mungkin
dia dah putus asa dengan saya. Rupa-rupanya saya silap. Suatu hari dia mesej
saya tanya khabar. Saya balas juga tanpa dendam sebabnya dah lama saya biarkan
peristiwa tu di biarkan begitu sahaja. Waktu tu dia tanya saya samada saya
masih dengan pakwe saya atau tidak. Saya tipu saya cakap saya masih dengan
pakwe lama.Dia cakap kalau boleh dia nak sangat hubungan saya dengan pakwe
saya tu putus. Teruk kan dia?
Hurm.. sebelum mengakhiri mesej, saya nasihati dia. Saya cakap pada dia
supaya lupakan saya dan dia akan jumpa wanita lebih baik daripada saya. Tapi dia tetap cakap dia akan tunggu saya,
Saya akhiri mesej dengan kata-kata supaya dia kejar cinta Ilahi agar dia dapat
jumpa apa yang sebenarnya dan sepatutnya dia dapat dalam hidup dia. Waktu tu
dia just reply “Thanks”.
After that day, kami dah tak contact. Saya buang terus nombor dia.
Tapi saya still ingat nombor dia sebab
dia beli nombor tu ikut nombor pangkal yang sama dengan nombor telefon saya.
Sibuk betul kan?
Jadi, bila dah buang nombor saya memang tak teringat langsung untuk
contact dia. Lama juga. Hampir setahun.
Bila suatu hari tiba-tiba saya dapat mesej daripada nombor yang tak di
kenali. Waktu tu lah saya terima dia. Dia gunakan nombor baru. Waktu tu lah
saya terima dia dan terima lamarannya setelah seminggu dia propose saya. Itu
pun setelah saya tahu dia dah berubah. Dia tidak lagi dengan perangai lamanya
yang suka clubbing. Kes dia merokok pula dia dah kurangkan.
Alhamdulillah.. Saya bersyukur sangat
bila dia dah berubah.
Sunday, 29 July 2012
Praktikal Dah Start
Kembali semula... (^_^).. sekarang saya tengah outstation.. Dah rasa
macam mana pengalaman praktikal ni. Ini first time saya rasa. Saya pada mulanya
berat hati seperti mula-mula saya cerita. Tetapi bila rakan-rakan sekerja yang
lain sering bagi kata-kata semangat saya lama-lama jadi ok. Sepanjang
pengalaman di tempat baru ni macam-macam saya belajar. Saya sangat berdikari.
Saya belajar banyak perkara. Kami rakan sekerja yang sama-sama praktikal banyak
kali juga keluar bersama untuk luangkan masa di tambah pula apabila ada tugas
yang perlu kami lakukan bersama. Jadi, tak ada lah bosan sangat kan?
Eh, sekarang dah bulan puasa
lah.. dah seminggu lebih dah.. Tak sangka. Sepanjang praktikal ni saya banyak
kenal dengan ramai orang. Waktu ni lah saya lebih rapat dengan Amir, Fazli, Amy
dan Atie. Muhammad tu sememangnya saya dah rapat sebelum ni. So, dengan yang
lain-lain baru saya start kenali siapa mereka. Mereka baik sangat. Amir pernah
ajak kami makan malam di rumahnya. Malah Amy pula pernah ajak saya,Atie dan beberapa
rakan yang lain yang baru kami kenal untuk bermalam di rumahnya dan berbuka
puasa bersama keluarganya. Pada waktu tu kami rasakan seperti adik beradik.
Gembira sangat-sangat. Saya tak rasa menyesal dapat kenal dengan mereka.
Tapi ada satu perkara yang saya sukar terima. Anda ingat lagi tak saya
pernah cakap saya gapkan hubungan dengan Muhammad? So, sekarang bila dah selalu
bersama saya rasa hubungan kami seperti dulu. Rapatnya macam masa mula-mula
saya pernah rasa suka pada dia. Saya takut saya tersuka dia semula. Jadi saya
berdoa banyak-banyak supaya itu tak terjadi. Sebabnya sekarang hati saya bukan
milik sesiapa lagi. Jadi bila saya jatuh suka buat kali kedua pasti amat parah
jadinya hingga saya susah lupakan dia.
Eh, kenapa saya cakap saya bukan milik sesiapa lagi?
Sebabnya saya dah single. Saya dah
putuskan pertunangan saya. Kenapa tiba-tiba ya? Hurm.. semuanya sebab orang
ketiga.. nanti saya ceritakan pada anda serba sedikit kisah saya dan tunang
saya dan macam mana perhubungan kami terputus..
Monday, 18 June 2012
Minggu Busy Kami
Hai... sekarang dah masuk minggu exam.. So, tugas saya sebagai seorang
pelajar harus di utamakan. Jadi saya tak dapat tumpukan masa saya sepenuhnya
kepada bidang pekerjaan yang saya ceburi. Selepas exam ni saya ada outstation.
Saya praktikal. Tak semua rakan ofis
saya yang terlibat. Yang ada Cuma senior-senior sahaja kebanyakkannya
iaitu Amir,Fazli, Muhammad, Atie, Amy,Sue, Sofia dan juga saya. Jadi tugas kami
sepanjang beberapa bulan ni ialah melaksanakan praktikal kami dengan jayanya.
Mula-mula agak keberatan juga untuk saya menerimanya sebab antara ramai-ramai
rakan saya yang outstation Cuma saya, Atie dan Sofia sahaja yang sememangnya
buat praktikal bukan dalam kawasan sendiri. Its mean, kami menumpang di daerah
orang. Jauh nak balik, jadi kami decide stay sahaja di kawasan tempat praktikal
tu.
Friday, 8 June 2012
Mereka Bahagia :)
Menyambung kisah Muhammad dan saya. Sekarang dekat ofis dah ramai orang
baru dan junior-junior baru yang baru start kerja. Bila suatu hari sahabat saya
Iza perkenalkan Zuhairah untuk kerja di ofis kami hubungan saya dengan Zuhairah
makin rapat. Bila Iza tak ada saya akan keluar dengan Irah. Malah Irah juga
rapat dengan Muhammad sama seperti mula-mula saya berkawan dengan Muhammad.
Lama-lama kelamaan saya perhatikan mereka semakin rapat. Malah Irah lebih mesra
dengan Muhammad daripada saya bebanding dari permulaan kami kenal. Tapi tak
mengapalah. As long as Irah tak berniat lagi untuk berhenti kerja seperti dulu
bila dia pernah mengalami masalah keluarga yang menyebabkan ada kekangan
untuknya terus bekerja, Alhamdulillah sekarang family Irah dah bertambah baik
dan Irah masih stay kerja bersama kami.
Menyentuh soal Irah, dia sangat pemalu
mulanya. Lama kelamaan dia jadi ok. Dan dia pernah menangis sewaktu dia
ceritakan masalahnya dengan kami rakan sekerja. Saya kesian sangat dengan Irah.
Nasib baik Irah ad seorang lagi rakan baik yang sememangnya Irah kenal sebelum
masuk kerja di ofis kami. Nama dia Siti. Sitilah yang banyak bantu Irah dalam
mendapat kembali semangat dia. Kebetulan Muhammad pun rapat dengan Irah. So,
adalah pembakar semangat untuk Irah teruskan bekerja bersama kami.
Alhamdulillah..
Saya syukur sangat bila Irah kembali ceria bila tiada lagi masalah
keluarga. Lebih-lebih lagi bila Muhammad pandai mengambil hatinya dan
menceriakannya. Lama-kelamaan hubungan mereka menjadi rapat. Waktu tu, kalau
boleh di katakan satu ofis kami sudah tahu hubungan mereka. Cumanya mereka
tidak buat declaration sahaja.
Pada waktu ini saya hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka. Tetapi,
ada sesuatu perkara yang dah lama saya simpan yang orang lain tak tahu.
Sebenarnya Lin pernah meluahkan hasrat hatinya pada saya bahawa dia dah lama
meminati Muhammad dan pernah berharap untuk pergi lebih jauh lagi bila
hubungannya dengan Muhammad terjalin. Dia dah lama minat pada Muhammad semenjak
sebelum Irah dan Muhammad berhubungan. Sekarang, Lin hanya mampu menahan kecewa
dan hampa bila melihat kemesraan Irah dan Muhammad sewaktu di ofis. Mereka
memang jarang tunjuk di ofis, tapi adakalanya kemesraan itu tetap terlihat di
sesuatu bahagian atau tempat dan keadaan tertentu.
Saya hanya mampu memberi kata semangat pada Lin. Saya tahu Lin sedih dan
sedikit hampa tetapi apalah daya saya. Saya doakan supaya Lin tetap tabah dan
mendoakan yang terbaik untuk Muhammad dan Irah.
Sejak hari itu Lin kerap tidak datang
kerja atas alasan yang agak munasabah. Tetapi hakikatnya aku mengerti kenapa.
Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Lin.
Tuesday, 5 June 2012
Kisah Kami
Sebulan, Dua Bulan, Tiga Bulan dan setengah tahun pun dah lepas dah kalau
di kira masa perhubungan kami.. sekarang dah hampir 11 bulan kami kenal..
Banyak perkara kami telah lalui bersama. Sejak saya berkerja dengannya
macam-macam peristiwa yang berlaku.. Ada suka, ada duka, pendek kata kami rapat
sebab tugas kami memerlukan komitmen secara kumpulan dan seharusnya perlukan
kerjasama.. Lagi pun mana-mana kerja yang involve in group mesti perlukan
komitmen dan kerjasama yang tinggi.. betul tak? Kalau tak macam mana kerja tu
nak siap dengan jayanya.
Kenapa tiba-tiba nak cerita pasal dia je eah? Hurm.. Terus teranglah
kata yang sebenarnya saya pernah suka dia sewaktu empat bulan perkenalan kami.
Macam mana saya boleh suka pada dia? Sebabnya mungkin kami agak rapat jika di
bandingkan dengan rakan kerja yang lain. That’s why perasaan untuk suka pada
dia tu timbul. Saya tak tahulah macam mana nak cakap tapi perasaan suka tu
pernah wujud dan pernah bertapak di hati saya satu ketika dulu. Dia tak tahu.
Mungkin bagi dia saya cuma rakan sekerjanya dan juniornya sebabnya dia lebih
senior dalam bidang pekerjaan kami ini.. Masa mula-mula saya rasa suka pada dia
saya rasa sedih sangat sebab saya kalau boleh tak nak ada perasaan pada sesiapa
pun sepanjang saya membina karier saya sebagai seorang pelajar dan seorang
konsultan akademik yang berjaya.. Sebabnya saya takut saya lalai dan apa yang
saya ingin capai tak kesampaian nanti bila saya terjebak dalam kancah
percintaan..
Tapi, saya syukur sangat sebab saya tak pergi sejauh itu. Sebabnya saya
seboleh-boleh mengelak untuk terbitkan lagi rasa sayang pada dia. Bermula
dengan step pertama saya start menjauhkan diri sedikit demi sedikit. Mungkin
dia tak perasan, tapi apa yang saya rasa waktu tu ialah cuma untuk lari dari
perasaan cinta dan kasih sayang yang tak di undang. Hampir sebulan saya cuba
cipta gap antara kami. Dan finally perasaan suka pada dia dah berkurang..
Alhamdulillah.. Syukur.. Walaupun tak sepenuhnya at least saya takdelah macam
orang gila bila duduk minat pada orang yang dia langsung tak tahu saya suka
pada dia.. Lama kelamaan saya jadi biasa dan perasaan tu senyap seketika.
Pada suatu hari, saya keluar makan dengan dia dan rakan-rakan sekerja
yang lain selepas siap kerja kami. Kami keluar menaiki satu kereta sebab nak
jimat minyak. Sewaktu dia drive kereta
tiba-tiba seorang rakan kerja saya tercerita pasal perkara yang membabitkan
relationship. Tiba-tiba saya terlepas cakap mengenai hubungan rakan saya tu
dengan seorang rakan kerja kami yang lain yang sememangnya dia tak tahu pasal
berita tu. Dia agak terkejut dan tak sangka. Tiba-tiba rakan saya yang malu
bila ceritanya dah di ketahui itu terus buka mulut dan cerita pasal saya.
“Kalau Muhammad nak tahu Kak Nur tu lagilah dah tunang.”
Time tu saya terus
terdiam bila Hanis tiba-tiba buka cerita mengenai saya. Waktu tu saya malu sangat-sangat.
Nasib baik waktu tu saya duduk di seat belakang. Kalau tak tentu nampak jelas
muka saya kemerahan sebab malu. Muhammad tanya siapa tunang saya dan saya tidak
beritahu siapa. Muhammad cakap lagi pada saya,
“Siapalah yang dapat Nur. Untung
betul”. Saya hanya membalas “Untung ke? Mana ada untung.”
Lepas daripada situ kami semua terus senyap dan terus berhenti menuju ke
kawasan tempat makan yang sering kami pergi. Sewaktu makan saya duduk
berhadapan dengan Muhammad. Tengah makan tu sempat lagi Hanis dan seorang lagi
rakan kami Lin sibuk cerita pasal hal yang tak habis tadi. Saya dah mula rimas
bila mereka tak berhenti cerita sebabna saya bimbang Muhammad akan tanya lagi
soalan cepu emas pada saya. Dan tekaan saya tepat sangat waktu tu.
“Kalau dah tunang mana cincinnya?”tanya Muhammad.
“Ermm.. oh, mak simpan cincinnya sebab takut hilang. ”balasku dengan
nada yang teragak-agak.
Waktu tu saya memang tak berani langsung memandang wajahnya. Saya malu
dan saya takut jika saya di kesan menipu. Saya langsung tak kejap melihatnya
selepas menjawab pertanyaannya itu. Sempat saya perhatikan wajahnya yang agak
serius. Saya takut sangat. Kenapa tiba-tiba air mukanya berubah. Wajahnya juga
seperti menyembunyikan sesuatu.
Dalam hati saya bersyukur sangat-sangat apabila dia tak dapat mengesan
bahawa saya sedang menipunya.
Sebenarnya saya
tiada cincin tunang pun awak. Kalau ada mesti saya pakai. Tunang yang mereka maksudkan ialah
pertunangan cara Islam. Bila mana seorang lelaki melamar seseorang wanita untuk
di jadikan isterinya dan wanita itu menerimanya maka wanita itu telah menjadi
tunangannya dan lelaki lain tidak boleh melamarnya untuk di jadikan isteri
sehinggalah pertunangan itu di putuskan.
Saya sebelum ini pernah bercerita kepada Hanis dan Lin bahawa saya sudah
bertunang mengikut cara Islam dan siapa orangnya itu sememangnya saya
rahsiakan. Tak sangka pula saya mereka berdua ingat mengenai cerita saya itu
sampai jatuh ke pengetahuan Muhammad yang sepatutnya tak elok di hebah-hebahkan
pada orang yang tak seharusnya di beritahukan. Namun apakan daya, perkara dah
jadi. Saya relakan hati saya. Apa yang sedihnya saya terpaksa menipu mengenai
cincin itu walaupun hakikatnya cincin itu belum wujud lagi. Maafkan saya sebab
terpaksa menipu. Kalaulah Muhammad tahu erti sebenar pertunangan dalam Islam
pasti dia mengerti maksud Hanis dan Lin. Tapi saya tak pasti samada Muhammad
tahu perihal itu atau pun tidak.
Tak mengapalah. Bukan jadi apa-apa pun bila Muhammad dah tahu pasal hal
pertunangan tu. Let it go. Just be like normal. Tak ada kesan apa-apa pun pada
dia.
Sejak Muhammad tahu saya dah bertunang saya rasakan hubungan kami
semakin renggang. Mungkin dia cuba gapkan perhubungan kami kerana bimbang
dengan saya yang dah memegang status bertunang. Ya, memang inilah yang saya
harapkan waktu dulu, waktu saya mula-mula ter”suka” pada Muhammad.
Tapi... kenapa bila jadi macam ni saya rasa sedih.Seperti ada gap antara
kami. Entahlah. Saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba saya sedih sedangkan ini
yang saya mahukan sebelum ni.
Mungkin saya masih ada perasaan suka ada dia. Sebab tu saya rasa macam
ni. Teruk betul saya kan. Mungkin ada yang pelik bila saya cakap macam ni dan
ada yang fikir saya curang. Saya dah ada tunang pun masih suka pada orang lain.
Betul tak??
Terpulang pada anda yang menilainya. Saya yang melaluinya dan saya
sahajalah yang merasainya. Mungkin anda tidak tahu mengenai hubungan saya dan
tunangan saya. Kami hanya mengikat pertunangan melalui kata-kata.Tidak ad
hantaran cincin dan sebagainya. Selepas itu itu kami berkawan seperti biasa
sebabnya jauh lagi masa untuk kami tempuhi alam perkahwinan. So, kami jarang
berhubung. Kami tidak selalu mesej, tidak selalu buat panggilan dan kami juga
jarang chat atau online bersama. Kami tak buat apa yang orang lain selalu buat bila
mereka berhubungan. Nampak tak cara kami macam mana? Kalau anda di tempat saya
adalah tidak mustahil bukan bagi anda untuk jatuh hati pada orang lain?
Lebih-lebih lagi bila tunang anda itu sememangnya duduk jauh daripada anda.
Memang dah hampir setahun setengah tak berjumpa setelah anda bertunang
dengannya. So, adakah saya kejam jika saya cakap saya pernah suka pada
seseorang seperti Muhammad? Anda sendiri yang menilainya.
Sebab tu pada permulaan cerita saya
cakap saya sedih bila ada perasaan pada Muhammad. Mungkin waktu anda membaca
ini anda dah mula nampak sedikit cerita hidup saya bagaimana. Semoga anda
berprasangka yang baik-baik ye J. . Sampai di
sini sahaja entri saya kali ini. Semoga berjumpa lagi..
Saturday, 2 June 2012
First Post For This Blog
Actually I don’t know why suddenly I have an idea to create a new blog
and for your information I didn’t write to any blog for about a year . . it’s
quite long time right?
Hurm.. saya memang minat menulis, tetapi sudah lama tak menulis di
sebabkan ada beberapa kekangan... Hari ni tiba-tiba teringin nak tulis sebab
tiba-tiba terasa rindu sangat-sangat untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea di
dalam bentuk tulisan. . mungkin juga sebab tiba-tiba saya teringat kepada
seseorang . Dulu dia pernah baca blog
saya.. Sekarang dia dah tak buat semua tu dah.. dia busy..
Entah kenapa bila dia baca blog saya, saya rasa suka.. Siapa dia? Dia
ialah orang yang baru saya kenal tak sampai setahun. 29 Sept ni genap setahun
saya kenali dia. Kami kenal dan berjumpa dalam satu majlis ilmu. First time
saya lihat dia agak tertarik dengan penampilannya pada malam itu.. Mungkin
sebab pemakaiannya yang smart ..
Tapi sekarang tidak lagi. Bila luar dari majlis formal dia biasa je.
Apalah saya ni kan? Tengok orang pada penampilan. Tapi betul apa orang cakap
first impression tu agak penting.
Apa-apa pun saya still berkawan dengan dia.. Hurm, so far our friendship
getting better. Dulu masa mula-mula saya segan nak cakap dengan dia. Bila dah
lama-lama saya ok pula bila berurusan dengan dia.. saya rasa senang bila
dengannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)