Thursday, 9 August 2012

Hiba Tiba-tiba


           Lagi seminggu lebih raya bakal tiba. Saya tak tahu kenapa tahun ni saya langsung tiada perasaan untuk menyambut hari mulia itu. Entahlah.. saya pun bingung dengan sikap saya. Lepas raya ni saya habis praktikal.. tak sampai sebulan je lagi tinggal.Pastinya saya mengharapkan keputusan yang baik atas semua aktiviti dan pengalaman yang saya lalui sepanjang praktikal ini. After this, saya akan menyambung semula pengajian saya. 
          
         Rasa tak sabar pula untuk pulang ke kampus bertemu dengan rakan-rakan yang lain..Saya harap sangat semester baru ni ada kelainan dalam hidup saya lebih-lebih lagi setelah saya lalui praktikal ni. Saya harap praktikal buat pertama kali ni tidaklah sia-sia dan kosong tanpa ada manfaat apa-apa.

           Perasaan rindu pada rakan sekerja yang lain juga menebal. Saya rindu mereka. Tetapi tak tahulah mereka macam mana. Saya harap sangat saya akan jumpa seseorang yang boleh membantu saya lebih berjaya dalam kerjaya saya. Amin..

No comments:

Post a Comment