Assalamualaikum..
Syafiq apa khabar? Nur harap Syafiq sihat.
Syafiq.... awak tahu
tak... sebenarnya saya agak kecewa dengan sikap awak.. kenapa? Sebab awak tak
pernah pegang pada janji awak... kalaulah dulu saya tak terima awak, semua ni
takkan terjadi dan apa yang saya rasa waktu ni takkan ada..
Tapi dalam hidup dan
dalam konteks kehidupan Islam sendiri tak boleh kita gunakan perkataan “kalau”
untuk menyesali sesuatu perkara kerana itu seolah-olah kita tidak redha dengan
ketentuan takdir serta qada’ qadar dari Allah.. jadi, saya tak boleh cakap
perkataan kalau untuk perkara yang telah terjadi ni..
Saya rela dan pasrah
dengan semua yang berlaku.. Mungkin ada hikmahnya.. Maafkan saya sebab saya
sudah tidak boleh menerima awak lagi setelah saya tahu awak sudah mulai suka
pada dia.
Awak tahu tak, masa
mula-mula dulu. Saya benci sangat pada awak, pada tingkah laku awak, perangai
awak dan sesetengah perkara lain yang berkaitan dengan awak.
Sebab tu masa
mula-mula awak cakap awak suka saya saya tak endahkan. Tapi, bila dah banyak
kali awak minta pada saya, saya cuba beri peluang pada diri saya untuk terima
awak. Sungguh saya tak tipu memang sukar untuk saya terima awak walaupun pada
ketika awak lamar saya tu awak dah berubah.
Ingat tak saya minta
tempoh seminggu untuk buat keputusan. Time tu saya fikir saya relakan juga hati
saya terima awak walaupun saya masih keliru samada perasaan saya betul-betul
suka atau simpati. Tapi, bila saya teringat kata ibu, saya decide untuk terima
awak. I accepted your propose.. WHY??
Sebab ibu pernah
cakap pada saya, biarlah cari jodoh dengan orang yang betul-betul sayang kan
kita daripada kita je yang sibuk sayang kat dia.. nanti kita hidup tak berapa
bahagia sebab dia takkan jaga kita dengan elok sebab dia tak sayangkan kita..
Jadi, saya terima
awak sebab awak cakap awak sayangkan saya.
Tapi kan awak...saya
tak sangka sayang itu tak lama.. saya setia, tetapi awak?? Apa awak buat pada
saya??
Kadang kala saya
sedih sangat.. Tapi saya tak boleh buat apa-apa. Semua ni dari Allah juga.
Lepas ni antara kita dah tak ada apa-apa lagi.. Kita berpisah cara baik.. Saya
doakan awak bahagia dengan dia.. Mungkin hati saya sedikit terluka namun saya
tahu luka tu takkan lama..
Sebab saya tahu saya
ada DIA.. DIA yang cipta semuanya.. jadi saya tak risau apa-apa. Dulu kan saya
pernah beritahu awak supaya kejar cinta DIA dulu. Tapi awak terburu-buru. Dan
sekarang awak lihatlah apa yang terjadi tak seindah yang kita rancangkan..
Saya bukan ustazah
untuk bagi ceramah pada awak, tapi saya sebagai seorang sahabat ingin
mengingatkan mana yang baik untuk awak. Lepas ni pesan saya jadilah seorang
imam yang terbaik untuk dia. Maafkan saya..
Mungkin salah saya
juga yang tetapkan syarat supaya awak jangan selalu contact saya. Mungkin awak
rasa sunyi. Sebab tu awak cari yang lain
kan??
Tapi awak tahu tak
saya buat semua tu sebab saya nak jaga syariat agama. Saya memang bukan seorang
wanita yang baik malah saya juga bukan bidadari syurga yang sempurna di mata
manusia tetapi saya seorang srikandi islam yang sedang berjuang dalam mengejar cintaNya.
Saya fikirkan satu
hari nanti awak bakal jadi imam yang terbaik untuk saya, tetapi semua tu tak
tercapai jua.
Maafkan saya..
Mungkin sudah tercatat di Luh Mahfuz bahawa tiada jodoh antara kita. Saya
redha. Saya terpaksa lupakan awak. Jangan pernah meminta lagi pada saya.
Maafkan saya
Syafiq.Selamat tinggal. Nur doakan Syafiq bahagia. Amin..
Assalamualaikum..
J
No comments:
Post a Comment