Wednesday, 1 August 2012

Saya Lepaskan Awak Pergi


       Hari ni saya nekad untuk meleraikan segala kekusutan yang ada. Saya leraikan hubungan saya dan Syafiq. Maafkan saya Syafiq.Sebabnya saya buat keputusan in ialah bila saya terlihat komen-komen di ruangan facebook yang ada pada wall dia. Bila saya baca komen yang ada saya dapat rasakan hati dia bukan lagi untuk saya seorang. Tapi untuk wanita lain juga, untuk Zawi.

       Malam tu waktu saya online di fakulti kampus saya. Saya tegur dia  yang kebetulan tengah online. Waktu tu lah saya leraikan ikatan kami. Kami berpisah cara baik.Saya tak nak ada hati yang terluka. Jadi saya nekad undurkan diri saya.

      Saya agak kecewa namun saya redha dengan ketentuan ini. Lepas ni bermula lah episod kisah saya yang single. Jadi, lepas ni saya tak nak lagi terima mana-mana perasaan yang boleh mengganggu fokus saya. Saya cakap pada dia saya nak fokus pada kerjaya dan masa depan saya. Dia hanya diam dan merelakan saya pergi.

     Kalau anda lihat semua ni salah saya ke? Saya tak tahu nak buat macam mana. Saya seorang wanita.Saya tahu bagaimana sakitnya hati bila di lukai. Jadi saya tak nak ada wanita lain yang terluka. Lantas itu saya undur diri supaya semua orang bahagia. 

     Biarlah hati saya luka seketika, tapi akhirnya akan ada ubatnya. Betul kan? kata orang walaupun kita suka seseorang tak semestinya kita dapat memilikinya.

      Oklah, sampai di sini sahaja entri kali ini.. semoga bertemu kembali..

No comments:

Post a Comment