Monday, 30 July 2012

Kisah Semalam Antaraku Dan Syafiq


        Hai.. bertemu kembali.. Hari ni saya nak cerita sedikit kisah antara saya dengan tunang saya. Nama dia Amir Syafiq. Saya panggil dia Syafiq. Tak perlulah saya ceritakan bagaimana saya kenal dengan dia. Tapi saya nak cerita kisah pasal dia dan saya.

        Sebab yang membuatkan saya putus tunang dengannya ialah sebab seorang rakan wanitanya. Namanya Zawiyah. Orang panggil dia Zawi. Namanya agak unik dan klasik, tapi itulah dia orangnya. Zawi ni teman sekampus Syafiq. Zawi sangat rapat dengan Syafiq sehinggakan mereka pernah tertukar handphone sewaktu mereka sama-sama menghadiri program kampus yang melibatkan aktiviti penyimpanan barang-barang peribadi. Mereka pernah tertukar handphone semasa mengambil barang-barang yang di simpan sewaktu aktiviti mereka di adakan. Mungkin di sebabkan model handphone serta warna yang sama mereka tidak perasan handphone itu tertukar. Macam ada keserasian bukan? Itu apa yang saya dengar daripada Syafiq. Kesahihan cerita itu saya tak pasti benar atau tidak.

          Oklah, cerita tentang Syafiq dan Zawi bagaimana mereka jadi makin rapat ialah setelah kisah tertukar handphone tersebut. Pada mulanya bila Syafiq rapat dengannya saya agak curiga. Tetapi saya buang jauh-jauh perasaan tu. Saya tak nak prasangka. Saya hanya doa yang baik-baik sahaja.

        Sehinggalah suatu ketika Syafiq beritahu saya sebenarnya Zawi dah lama suka pada dia. Kata Syafiq mula-mula dia memang tak perasan, tetapi bila rakan-rakan yang lain nampak kelainannya jadi dari situ Syafiq tahu Zawi sukakan Syafiq. Itu apa yang saya dengar daripada Syafiq. Saya agak terkejut namun saya berlagak tenang dan cuba pujuk hati saya lebih-lebih lagi bila Syafiq cakap dia tak suka pada Zawi. Saya lega, namun saya khuatir sesuatu bakal terjadi juga antara mereka. Sebabnya dulu itulah yang terjadi antara saya dan Syafiq.

      Dulu saya tak pernah ada perasaan langsung pada Syafiq. Tapi lama-kelamaan saya terima juga dia. Nak tahu kenapa?? Sebab dia beriya-iya cakap suka pada saya. Acapkali saya dengar dia cakap perkataan tu.

      Hurm.. saya tak suka pada dia waktu dulu sebab dia merokok and because of his interest with clubbing.

       Dia pernah cakap dia tak pernah minum air yang memabukkan tu tapi saya tetap tak boleh terima dia. Sebab  salah satunya saya tak tahan dengan asap rokoknya yang buat saya semput.Lagi satu bila dia tak ingat diri after balik dari club dia akan cakap bukan-bukan pada saya. Saya tak suka sangat. Saya benci sangat-sangat. Pernah suatu ketika after dia balik dari club dia mesej saya yang bukan-bukan. Dia cakap macam-macam pada saya and he ask me to sleep with him. What a BAD MAN!! Saya benci sangat pada dia waktu tu. Saya tak suka lalu saya jauhkan diri daripada dia.

       Salah satu cara untuk elakkan diri ialah bila dia contact saya, saya suruh kawan lelaki saya menyamar jadi pakwe saya supaya dia tak kacau saya. Saya tipu dia sebab saya terpaksa.Saya benci sangat pada dia.

      Lama juga dia tak contact saya bila dia tahu saya dah ada pakwe. Mungkin dia dah putus asa dengan saya. Rupa-rupanya saya silap. Suatu hari dia mesej saya tanya khabar. Saya balas juga tanpa dendam sebabnya dah lama saya biarkan peristiwa tu di biarkan begitu sahaja. Waktu tu dia tanya saya samada saya masih dengan pakwe saya atau tidak. Saya tipu saya cakap saya masih dengan pakwe lama.Dia cakap kalau boleh dia nak sangat hubungan saya dengan pakwe saya  tu putus. Teruk kan dia?


           Hurm.. sebelum mengakhiri mesej, saya nasihati dia. Saya cakap pada dia supaya lupakan saya dan dia akan jumpa wanita lebih baik daripada saya.  Tapi dia tetap cakap dia akan tunggu saya, Saya akhiri mesej dengan kata-kata supaya dia kejar cinta Ilahi agar dia dapat jumpa apa yang sebenarnya dan sepatutnya dia dapat dalam hidup dia. Waktu tu dia just reply “Thanks”.

         After that day, kami dah tak contact. Saya buang terus nombor dia. Tapi  saya still ingat nombor dia sebab dia beli nombor tu ikut nombor pangkal yang sama dengan nombor telefon saya. Sibuk betul kan?

        Jadi, bila dah buang nombor saya memang tak teringat langsung untuk contact dia. Lama juga. Hampir setahun.
Bila suatu hari tiba-tiba saya dapat mesej daripada nombor yang tak di kenali. Waktu tu lah saya terima dia. Dia gunakan nombor baru. Waktu tu lah saya terima dia dan terima lamarannya setelah seminggu dia propose saya. Itu pun setelah saya tahu dia dah berubah. Dia tidak lagi dengan perangai lamanya yang suka clubbing. Kes dia merokok pula dia dah kurangkan.

   Alhamdulillah.. Saya bersyukur sangat bila dia dah berubah.

No comments:

Post a Comment