Hari ni saya online facebook..dah lama saya tak online.. masa online
saya tiba-tiba terbaca post seseorang dekat satu group mengenai pertunangan
tanpa ibu bapa. Saya pun terus cari artikel yang berkaitan dalam blog Ustazah
Fatimah Syarha.
Bila baca blog tu saya teringat tentang kisah saya. Rasa macam tak
percaya pun ada. Dulu saya macam tulah. Bertunang tanpa ibu bapa.
Bila di fikirkan semula, saya
rasa macam nak buang semua memori tu dalam ingatan saya. Biar tiada kisah
tersebut dalam kisah hidup saya.
Hari ni ramadhan ke 26. Saya rasa macam sekejap je. Macam tak rasa bulan
puasa. Entah kenapa tahun ni lain benar rasanya. Mungkin sebab saya puasa
bersendirian tanpa family. Lusa saya nak pulang ke kampung. Apa yang saya harap
hanyalah supaya perjalanan saya lancar. 3 jam perjalanan. Kalau jalan jam, jadi 4
jam. So, saya tawakal je. Balik naik bas, agak takut juga. Tapi saya berserah
pada Allah.
Tadi masa saya tengah online, Muhammad call saya. Saya tak sempat nak
angkat. Jadi saya call dia semula. Dia cakap dia saje je call saya. Saya
ingatkan ada hal penting dia nak cakap. Agak –agak dalam 5 minit juga saya
bercakap dengan dia. Tiba-tiba terbit pulak rasa rindu pada dia setelah hampir 3
minggu tidak berjumpa dengannya. Lepas sahaja program dan aktiviti berkumpulan
dalam praktikal tamat, kami sudah kurang berhubung. Mungkin sebab tu tiba-tiba
saya jadi rindu.
Ya Allah, kenapalah saya rasa macam ni. Rasa malu sangat dengan Allah
sebab merindui seseorang yang bukan halal dengan saya. Ampunkan aku Ya Rabbi.
Saya tak tahu macam mana nak buang perasaan tu. Kata kakak-kakak
srikandi muslimah, kita kena sibukkan diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat
seperti bersolat, mengaji, berzikir dan sebagainya. Nanti semua rasa yang tak
sepatutnya tu akan hilang.
Betul, memang saya ada buat semua tu. Tapi nanti perasaan itu datang semula. Kadang-kadang saya jadi buntu. Saya malu pada Allah. Kenapa saya rindu pada dia. Saya puas cuba buang semua tu. Tapi tak boleh.
Rasa sedih sangat bila dah tersuka pada seseorang. Tanpa sedar saya dah
buat maksiat hati. Dia tak rasa semua ni. Sebab saya yang suka dia, bukan dia
yang suka saya.
Ya Allah, tadi lepas call dia, dia ada mesej saya mengenai doa-doa
pilihan yang bagus di amalkan dalam kehidupan seharian.
Kenapa dia baik sangat? Bila jadi macam ni saya makin rasa kuat untuk
suka pada dia. Saya baru je nak lupakan dia, nak buang perasaan suka tu. Tapi,
perasaan suka tu makin menebal. Saya pun tak tahu nak buat apa lagi
dah.
Tadi sebelum akhiri perbualan dia ucapkan selamat hari raya pada saya.
Dia kata mungkin awal lagi, tapi saya tak kisah pun dan yang tak sangkanya dia
orang pertama wish eid mubarak pada saya.
Haish.. makin lama makin suka lah
jawabnya saya pada dia. Susah kan bila dah ada hati pada seseorang. Nak elak
perasaan tu memang sukar. Apa daya saya??
Perasaan tu tiba-tiba je ada. Takkan
saya nak tolak macam tu je? Sebab perasaan tu bukan macam sistem dalam komputer
yang boleh copy paste, enter dan delete macam tu je kan?
So, apa-apa pun saya kena cuba
usahakan gak macam mana untuk elakkan perasaan tu supaya jadi lebih kronik
lagi. Huhu, dah macam penyakit pulak bila sebut kronik.
Tapi memang betul pun penyakit. Penyakit hati namanya. Penyakit hati ni memang susah sikit nak ubat. Lambat dan makan masa. Tapi still bole di ubati. Yang penting usaha. Orang cakap usaha tangga kejayaan, jadi kenalah berusaha baru boleh berjaya. Oklah, jumpa lagi nanti ye...
Tapi memang betul pun penyakit. Penyakit hati namanya. Penyakit hati ni memang susah sikit nak ubat. Lambat dan makan masa. Tapi still bole di ubati. Yang penting usaha. Orang cakap usaha tangga kejayaan, jadi kenalah berusaha baru boleh berjaya. Oklah, jumpa lagi nanti ye...
No comments:
Post a Comment