Tuesday, 4 September 2012

Pengakuan Ikhlas

Hai.. da lama tak update kan?? hari ni saya nak cerita tentang pengakuan seorang lelaki mengenai seorang wanita.. Saya dapat perbualan ni daripada laman sosial networking...Bila baca ni teringat saya pada peristiwa di mana saya kena tegur dengan dia...

Jom baca apa pendapat mereka..!

Di suatu petang yang dingin... Hazi bertanya soalan  kepada Amir..


Hazi :  Amir.aku nak tanya ni. Lelaki suka tengok perempuan pakai tudung kan? So,apa kau nak buat kalau orang yang kau suka tak pakai tudung?

Amir : Kalau orang yang aku suka tak pakai tudung..?suka dari segi apa ek.? Ke suka macam Erra Fazira tu.?

Hazi :  Suka lah. Orang yang kau sayang lah senang cerita.

Amir :  Bagi aku lah kan..aku reject dah awal-awal orang tak pakai tudung ni.. Entah eak.. Susah lah kalau nak suruh orang tak pakai tudung ni,pakai tudung.. Lagi satu,bukan tudung biasa..aku nak tudung yang betul-betul ikut syariat islam.. Tapi kalau orang yang aku suka tak pakai tudung..maknanya tu adalah suka yang biasa je..bukan suka untuk jadi pasangan hidup..

Amir :  Kalau orang yang aku sayang.? aku akan ubah dia..aku akan selalu nasihat kan dia..aku tak nak orang yang aku sayang jadi macam tu..

Hazi :   Owh.betul jugak tu. Langkah berjaga jaga. Lagipun,aurat para isteri nanti suami jugak yang kena tanggung kan.?? Lagi satu, kenapa korang suka perempuan lembut? Perempuan tak lembut tak baik ke?

Amir :   Bukan lembut..tapi ayu lah Hazi.. Sebab tenang je hati kalau tengok.. Tengok gerak geri dia.. Sejuk hati.. Orang lain tengok pun sedap je mata memandang.. Lebih-lebih lagi mak bapak kita yang nak menantu macam tu..

Hazi :  Owh. Macam tu pulak.. Ayu?  Err..macam Cik Lisa Surihani ke?

Amir :  Betul-betul.. Macam  Cik Lisa Surihani..haha..

Rahim : Hehe.... Tak kisah pun yang mana-mana...yang penting dia seorang yang solehah yang taat perintah Allah  dan suami dia dan manusia yang sanggup berubah ke jalan yg benar kerana Allah, dia merupakan manusia yang mulia disisiNYA.. insyaAllah..

Amir :  Betul-betul.. Aku sokong Rahim..

Hazi :  :)


Nampak tak.. pandangan lelaki pada seorang wanita.. Dia benar-benar tak nak tengok wanita yang di sayangi terus hanyut.. Bila terbaca komen ni rasa sejuk pulak.. huhu.. 

Patutlah dulu Muhammad pernah tegur tudung saya.. Dia tak cerita pada saya tapi cerita pada kawan sekerja yang lain.. Haish.. Ada lagi ke orang yang ikhlas macam dialog kat atas ni ye?? Entahlah.. Biar Allah yang tetapkan smeuanya..oklah. tu je nak share.. bye.

No comments:

Post a Comment