Menyambung kisah Muhammad dan saya. Sekarang dekat ofis dah ramai orang
baru dan junior-junior baru yang baru start kerja. Bila suatu hari sahabat saya
Iza perkenalkan Zuhairah untuk kerja di ofis kami hubungan saya dengan Zuhairah
makin rapat. Bila Iza tak ada saya akan keluar dengan Irah. Malah Irah juga
rapat dengan Muhammad sama seperti mula-mula saya berkawan dengan Muhammad.
Lama-lama kelamaan saya perhatikan mereka semakin rapat. Malah Irah lebih mesra
dengan Muhammad daripada saya bebanding dari permulaan kami kenal. Tapi tak
mengapalah. As long as Irah tak berniat lagi untuk berhenti kerja seperti dulu
bila dia pernah mengalami masalah keluarga yang menyebabkan ada kekangan
untuknya terus bekerja, Alhamdulillah sekarang family Irah dah bertambah baik
dan Irah masih stay kerja bersama kami.
Menyentuh soal Irah, dia sangat pemalu
mulanya. Lama kelamaan dia jadi ok. Dan dia pernah menangis sewaktu dia
ceritakan masalahnya dengan kami rakan sekerja. Saya kesian sangat dengan Irah.
Nasib baik Irah ad seorang lagi rakan baik yang sememangnya Irah kenal sebelum
masuk kerja di ofis kami. Nama dia Siti. Sitilah yang banyak bantu Irah dalam
mendapat kembali semangat dia. Kebetulan Muhammad pun rapat dengan Irah. So,
adalah pembakar semangat untuk Irah teruskan bekerja bersama kami.
Alhamdulillah..
Saya syukur sangat bila Irah kembali ceria bila tiada lagi masalah
keluarga. Lebih-lebih lagi bila Muhammad pandai mengambil hatinya dan
menceriakannya. Lama-kelamaan hubungan mereka menjadi rapat. Waktu tu, kalau
boleh di katakan satu ofis kami sudah tahu hubungan mereka. Cumanya mereka
tidak buat declaration sahaja.
Pada waktu ini saya hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka. Tetapi,
ada sesuatu perkara yang dah lama saya simpan yang orang lain tak tahu.
Sebenarnya Lin pernah meluahkan hasrat hatinya pada saya bahawa dia dah lama
meminati Muhammad dan pernah berharap untuk pergi lebih jauh lagi bila
hubungannya dengan Muhammad terjalin. Dia dah lama minat pada Muhammad semenjak
sebelum Irah dan Muhammad berhubungan. Sekarang, Lin hanya mampu menahan kecewa
dan hampa bila melihat kemesraan Irah dan Muhammad sewaktu di ofis. Mereka
memang jarang tunjuk di ofis, tapi adakalanya kemesraan itu tetap terlihat di
sesuatu bahagian atau tempat dan keadaan tertentu.
Saya hanya mampu memberi kata semangat pada Lin. Saya tahu Lin sedih dan
sedikit hampa tetapi apalah daya saya. Saya doakan supaya Lin tetap tabah dan
mendoakan yang terbaik untuk Muhammad dan Irah.
Sejak hari itu Lin kerap tidak datang
kerja atas alasan yang agak munasabah. Tetapi hakikatnya aku mengerti kenapa.
Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Lin.
No comments:
Post a Comment