Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah.. waktu ini saya terasa sangat sedih dan sayu dengan perasaan yang hadir ini.. Mengalir air mata saya tatkala menaip di papan kekunci komputer ini..Rasa rindu itu hadir hingga buat saya benar-benar terluka.. Saya tak tahu kenapa untuk ke sekian kalinya perasaan rindu dan sayang ini hadir... Kenapa mesti berulang.?? Saya benar-benar dilema dan hilang semangat.. Saya tak tahu dah macam mana nak jaga hati ini bila hati ini teralu rindukan dirinya yang sememangnya tidak halal untuk diri saya..
Saya rasa sedih sangat-sangat.. Kenapa mesti merindu insan yang tidak sepatutnya sedangkan rindu pada Allah kadangkala sekadar di bibir sahaja tapi di hati tidak terlintas pula..Kenapa mesti merindu seseorang yang tak sepatutnya?? Ya Allah... Saya hanya mampu berdoa kerana hati ini terlalu sedih..Ya Allah, ampunilah dosa ini..
Ya Allah....
Hanya Kau yang tahu segala rasa isi hati ini...
Kenapa Ya Allah?? Aku rindu sangat pada dirinya... Dia bukan yang halal untukku.. Kenapa aku di landa perasaan ini Ya Rabbi..
Sungguh aku tak berdaya menahan resah di hati.. Setiap hari ku rasakan pilu.. Kenapa Ya Allah?? Kenapa rasa ini jatuh pada tempat yang salah??
Aku keliru dengan perasaan ini Ya Rabbi..Ini bukan yang pertama dan kali ini rasa sungguh hebat aku terjerat dengan perasaan ini... Hanya Engakau yang tahu...
Sedihnya rasa hati ini...Aku tak tak tahu bagaimana nak jaga hati supaya tiada langsung aku cenderung kepada zina hati.. Ya Allah, ampunkan aku.. Jangan kau biarkan ku tanggung rasa ini sendiri.. Aku perlukan kekuatan untuk teruskan kehidupan... Berilah aku ketenangan Ya Allah.. amin
Saya tak mampu menahan air mata ini daripada terus berlinangan.. Kolam-kolam kaca dah pun berderai.. hanya Allah yang Tahu..Hanya DIA yang rasa apa yang saya rasa.. Sebab DIA yang ciptakan perasaan ini..Saya rasa berat sangat kepala ni nak menahan.. Sakit hati sampai naik ke kepala.. Saya sememangnya ada masalah berkaitan kepala memanglah tidak boleh berbuat apa-apa bila sakit itu menyerang.. Saya dah macam hilang akal bila teringatkan dia.. Kenapa? Saya tak nak semua ni. Saya tak nak rasa ini hadir lagi. Susah saya nak lupakan diri dia..
Awak..... kenapa saya perlu rasa semua ni awak tetapi bukan awak? Dah kali kedua macam ni awak.. sikap awak buat saya lupa diri.Tindakan awak buat saya rasa di hargai tetapi hakikatnya awak tak ada apa-apa dengan saya. Terus terang saya cakap saya rindu kat awak. Saya suka awak.. Tapi awak.. Bukan saya yang minta semua tu awak.. Perasaan tu hadir sendiri awak.
Kenapa mesti saya seorang yang rasa? Awak tak tahu macam mana sakitnya hati ini bila hati ini dah selalu rindukan awak. Saya tak nak Allah benci saya. Saya nak jadi wanita solehah.. Awak... awak pernah tak rasa sesuatu macam ni dalam diri awak? pernah tak awak ada terbit sedikit perasaan rindu pada saya..
Saya ingat lagi waktu dulu.. Awak cerita dengan kawan kita, awak tak suka saya pakai tudung lilit.. Awak larang saya pakai tudung pendek.. Awak suruh saya makan waktu saya tak makan.. Awak suruh saya berehat waktu saya penat. Awak tak paksa saya buat kerja bila saya migrain.. Awak caring sangat..
Waktu tu saya ada tersimpan perasaan suka pada awak.. Tapi saya buang jauh-jauh supaya saya tak leka.. tu semua pernah jadi waktu dulu.. Sekarang perasaan itu hadir kembali.. Minta maaf awak sebab saya suka kat awak.. Saya akan cuba lupakan awak.. Cuma saya perlukan masa dan kekuatan untuk buang semua ingatan saya pada awak.Saya tak nak berharap pada awak.. Maafkan saya.. Awak tak pernah alami perasaan yang sama macam saya, jadi jangan buat saya rindu lagi pada awak. Saya nak jaga hati saya..Kalaulah awak dengar semua ni awak.... :'(
Malam ni saya tidur bertemankan air mata.. saya sedih sangat. Rasa macam nak berhenti kerja terus supaya tak dapat jumpa awak dan boleh jaga hati saya. Tapi semua tu tak mungkin kerana soal peribadi tak boleh campur dengan pekerjaan. Maafkan hati ini sebab merindu dia yang jauh di mata tapi dekat di hati..
Rasa sedih yang amat sangat.. I am crying.. It is so pain!!
Mood singing: MAHAR CINTA
This is my own blog that was created just want to share my own diary .. Everyday’s activity that can be share I would share it here . . Just want to be like public diary . . But I keep my privacy to keep private other people’s story . . thanks for reading . . (^_^) Enjoy your reading ya!
Monday, 27 August 2012
Friday, 24 August 2012
Perasaan Itu
Hari ni saya online facebook..saya buka twitter, saya buka email.. semuanya saya on..Hurm.. dah bape hari dah saya asyik online je.. saya like page, saya like photo, saya like status..
Sedih je rasa... sebab apa? Sebab dia pun buat perkara yang sama.. Mostly apa yang saya update pasti dia like dan komen. Sampai wall post yang kawan-kawan post pun dia menyelit sama..
Tuhan je yang tahu kenapa hati ni sedih.. Sebab apa? Sebab dia tarik perhatian saya.. Saya tak boleh terima semua tu sebab saya rindu kat dia..
Awak.. nape awak buat saya macam ni?? Awak tahu tak tindakan awak tu buatkan saya rasa lagi rindu dengan awak.. Bila awak like semua yang saya like seolah-olah awak tarik perhatian saya..Awak tahu tak betapa susahnya saya nak buang perasaan suka pada awak..
Saya sedih sangat bila awak buat perkara yang saya rasa boleh timbulkan salah paham pada diri saya..awak kan dah ada dia... nape awak macam tarik perhatian saya seolah-olah awak pun suka pada saya..Nape awak buat saya rasa macam tu.. kalau awak tak suka saya please jangan buat macam tu.. Saya sakit nak lupakan awak..
Dua tiga hari ni saya perhatikan setiap update yang berkaitan awak.. Nape awak buat saya macam ni?? Kenapa awak?? Awak dah cipta kesempatan untuk saya jatuh suka pada awak semula...yang paling saya tak boleh lupa ialah waktu saya share link video kat wall saya.. awak komen link lagu yang memang saya suka.. Lagu tu berkaitan dengan luahan hati..
Bila awak buat macam tu seolah-olah awak memang tujukan lagu tu kat saya.. Saya jadi perasan dah awak.. Awak... Please jangan buat saya macam ni awak... Jangan buatkan saya tenggelam dengan perasaan yang tak tentu hala ni..Tadi masa saya tengok gambar awak kat facebook saya tersenyum.. Saya suka tengok awak pakai baju melayu warna kilat-kilat.. Terasa comel pulak tengok awak dengan baju tu... sebab pertama kali saya tengok awak pakai baju melayu..apalah nak jadi dengan saya.. ni semua salah awak jugak... awak yang makin buat saya rasa ss..
Saya harap sangat awak dah tak buat perkara yang buat saya perasan kononnya awak pun minat kat saya..Awak tahu tak sakitnya bila nak lupakan seseorang yang kta sayang? Nak-nak bila ni second time saya tersuka awak.. Susah tau nak jaga hati.. Takut Allah murka.. Saya tak nak couple or cinta sebelum nikah.. So, kalau boleh saya nak elak perasaan tu daripada terus mekar kat hati saya..
Sedih je...Dia tak tahu apa yang saya rasa.. Rasa macam nak jerit je pada dia.."JANGAN MAINKAN PERASAAN SAYA!!".. Entahlah.. saya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk diri saya.Moga ada hikmah atas semua yang berlaku ni..
“Ya Allah, Jika telah tercatat dalam Luh Mahfuz bahawa jodohku dengan dirinya maka kau aturkanlah yang sebaiknya dan jangan biarkan aku sesat dengan cinta yang tak Engkau redha....
Ya Allah, Jika telah tercatat dalam Luh Mahfuz bahawa jodohku dengan dirinya tiada maka kau jauhkanlah hati kami agar kami tidak saling merindu dan berharap pada cinta yang salah yang tak sepatutnya kami leka kerananya... Kami hanya perlukan cinta dariMu.. Ampunilah kami serta bantulah kami untuk tetap terus mengejar cintaMu... Amin...”
Saya bersalah sangat sebab dah rasakan sesuatu perasaan yang tak dapat di jangka. Saya tak tahu kenapa saya susah nak buang perasaan suka yang datang bertandang buat kali kedua ni..
Benar.....Cinta itu satu anugerah daripada Allah.. Fitrah manusia ingin menyintai dan di cintai... Cuma satu sahaja yang saya harap ialah supaya saya tidak leka dengan perasaan ini...Amin...
Mood singing: Ombak Rindu
Wednesday, 15 August 2012
Perasaan Itu Hadir Kembali
Hari ni saya online facebook..dah lama saya tak online.. masa online
saya tiba-tiba terbaca post seseorang dekat satu group mengenai pertunangan
tanpa ibu bapa. Saya pun terus cari artikel yang berkaitan dalam blog Ustazah
Fatimah Syarha.
Bila baca blog tu saya teringat tentang kisah saya. Rasa macam tak
percaya pun ada. Dulu saya macam tulah. Bertunang tanpa ibu bapa.
Bila di fikirkan semula, saya
rasa macam nak buang semua memori tu dalam ingatan saya. Biar tiada kisah
tersebut dalam kisah hidup saya.
Hari ni ramadhan ke 26. Saya rasa macam sekejap je. Macam tak rasa bulan
puasa. Entah kenapa tahun ni lain benar rasanya. Mungkin sebab saya puasa
bersendirian tanpa family. Lusa saya nak pulang ke kampung. Apa yang saya harap
hanyalah supaya perjalanan saya lancar. 3 jam perjalanan. Kalau jalan jam, jadi 4
jam. So, saya tawakal je. Balik naik bas, agak takut juga. Tapi saya berserah
pada Allah.
Tadi masa saya tengah online, Muhammad call saya. Saya tak sempat nak
angkat. Jadi saya call dia semula. Dia cakap dia saje je call saya. Saya
ingatkan ada hal penting dia nak cakap. Agak –agak dalam 5 minit juga saya
bercakap dengan dia. Tiba-tiba terbit pulak rasa rindu pada dia setelah hampir 3
minggu tidak berjumpa dengannya. Lepas sahaja program dan aktiviti berkumpulan
dalam praktikal tamat, kami sudah kurang berhubung. Mungkin sebab tu tiba-tiba
saya jadi rindu.
Ya Allah, kenapalah saya rasa macam ni. Rasa malu sangat dengan Allah
sebab merindui seseorang yang bukan halal dengan saya. Ampunkan aku Ya Rabbi.
Saya tak tahu macam mana nak buang perasaan tu. Kata kakak-kakak
srikandi muslimah, kita kena sibukkan diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat
seperti bersolat, mengaji, berzikir dan sebagainya. Nanti semua rasa yang tak
sepatutnya tu akan hilang.
Betul, memang saya ada buat semua tu. Tapi nanti perasaan itu datang semula. Kadang-kadang saya jadi buntu. Saya malu pada Allah. Kenapa saya rindu pada dia. Saya puas cuba buang semua tu. Tapi tak boleh.
Rasa sedih sangat bila dah tersuka pada seseorang. Tanpa sedar saya dah
buat maksiat hati. Dia tak rasa semua ni. Sebab saya yang suka dia, bukan dia
yang suka saya.
Ya Allah, tadi lepas call dia, dia ada mesej saya mengenai doa-doa
pilihan yang bagus di amalkan dalam kehidupan seharian.
Kenapa dia baik sangat? Bila jadi macam ni saya makin rasa kuat untuk
suka pada dia. Saya baru je nak lupakan dia, nak buang perasaan suka tu. Tapi,
perasaan suka tu makin menebal. Saya pun tak tahu nak buat apa lagi
dah.
Tadi sebelum akhiri perbualan dia ucapkan selamat hari raya pada saya.
Dia kata mungkin awal lagi, tapi saya tak kisah pun dan yang tak sangkanya dia
orang pertama wish eid mubarak pada saya.
Haish.. makin lama makin suka lah
jawabnya saya pada dia. Susah kan bila dah ada hati pada seseorang. Nak elak
perasaan tu memang sukar. Apa daya saya??
Perasaan tu tiba-tiba je ada. Takkan
saya nak tolak macam tu je? Sebab perasaan tu bukan macam sistem dalam komputer
yang boleh copy paste, enter dan delete macam tu je kan?
So, apa-apa pun saya kena cuba
usahakan gak macam mana untuk elakkan perasaan tu supaya jadi lebih kronik
lagi. Huhu, dah macam penyakit pulak bila sebut kronik.
Tapi memang betul pun penyakit. Penyakit hati namanya. Penyakit hati ni memang susah sikit nak ubat. Lambat dan makan masa. Tapi still bole di ubati. Yang penting usaha. Orang cakap usaha tangga kejayaan, jadi kenalah berusaha baru boleh berjaya. Oklah, jumpa lagi nanti ye...
Tapi memang betul pun penyakit. Penyakit hati namanya. Penyakit hati ni memang susah sikit nak ubat. Lambat dan makan masa. Tapi still bole di ubati. Yang penting usaha. Orang cakap usaha tangga kejayaan, jadi kenalah berusaha baru boleh berjaya. Oklah, jumpa lagi nanti ye...
Thursday, 9 August 2012
Hiba Tiba-tiba
Lagi seminggu lebih raya bakal tiba. Saya tak tahu kenapa tahun ni saya
langsung tiada perasaan untuk menyambut hari mulia itu. Entahlah.. saya pun
bingung dengan sikap saya. Lepas raya ni saya habis praktikal.. tak sampai
sebulan je lagi tinggal.Pastinya saya mengharapkan keputusan yang baik atas
semua aktiviti dan pengalaman yang saya lalui sepanjang praktikal ini. After
this, saya akan menyambung semula pengajian saya.
Rasa tak sabar pula untuk
pulang ke kampus bertemu dengan rakan-rakan yang lain..Saya harap sangat semester baru ni ada kelainan dalam hidup saya
lebih-lebih lagi setelah saya lalui praktikal ni. Saya harap praktikal buat
pertama kali ni tidaklah sia-sia dan kosong tanpa ada manfaat apa-apa.
Wednesday, 8 August 2012
Saya Rindukan Allah
Hari ni saya nak sambung kisah saya.. saya nak lupakan semua kekecewaan
yang ada.. Tuhan tu sayang sangat pada saya.jadi perasaan terluka tu taklah
terlalu mendalam.. Saya nak jadi diri saya yang baru..
Tahun lepas, saya ingat lagi waktu bulan ramadhan macam ni saya suka
online malam-malam untuk baca blog-blog berunsur islam. Dan suatu hari hati
saya terbuka untuk berubah.. Waktu tu lah saya pasang niat untuk jadi seseorang
yang baik.
Waktu saya menyambung pengajian saya di institut pengajian di selatan
tanah air, saya daftar masuk dengan diri saya yang baru, Saya start belajar
memakai tudung bersaiz besar dan agak labuh. Impian saya, saya nak berubah jadi
muslimah yang sejati.Namun setelah beberapa bulan saya seperti sudah berubah. Saya perasan
semua tu sejak saya mula bekerja.
Sejak itu saya mula berubah penampilan saya. Saya leka dan lalai. Entah
kenapa saya macam tu. Bila di kenangkan kembali saya sedih dengan perubahan
saya itu.
Hari ni dah setahun rasanya peristiwa di mana saya nekad nak berubah,
dan tahun ini dalam bulan ramadhan juga
saya meminta maaf pada diri saya atas janji dahulu, Lepas ni saya nak
jadi seperti saya yang dulu. Saya yang cintakan DIA daripada segalanya.. Saya
tak mahu leka lagi. Saya ingin kembali padaNya. Sebab saya rindu kasih sayang
Allah. Saya perlukan dia untuk saya
kembali pada zaman dimana saya ingin berubah.
YA RABBI, AMPUNILAH DAKU..
AKU RINDU KASIH SAYANGMU..
AKU PERLUKAN KAMU..
JANGANLAH KAU PERGI LAGI DARI HIDUPKU.. AKU INGINKAN KEBAHAGIAAN YANG
HAKIKI DALAM MENGEJAR REDHAMU.. AKU SANGAT RINDUKAN KASIH DAN SAYANGMU..
LINDUNGILAH AKU DARI SEGALA MAKSIAT DAN KEDURJANAAN.. JANGANLAH KAU
PESONGKAN HATI INI SETELAH KAU BERI HIDAYAH YA ALLAH..
AMPUNILAH AKU.
Saturday, 4 August 2012
Surat Untuk Syafiq
Assalamualaikum..
Syafiq apa khabar? Nur harap Syafiq sihat.
Syafiq.... awak tahu
tak... sebenarnya saya agak kecewa dengan sikap awak.. kenapa? Sebab awak tak
pernah pegang pada janji awak... kalaulah dulu saya tak terima awak, semua ni
takkan terjadi dan apa yang saya rasa waktu ni takkan ada..
Tapi dalam hidup dan
dalam konteks kehidupan Islam sendiri tak boleh kita gunakan perkataan “kalau”
untuk menyesali sesuatu perkara kerana itu seolah-olah kita tidak redha dengan
ketentuan takdir serta qada’ qadar dari Allah.. jadi, saya tak boleh cakap
perkataan kalau untuk perkara yang telah terjadi ni..
Saya rela dan pasrah
dengan semua yang berlaku.. Mungkin ada hikmahnya.. Maafkan saya sebab saya
sudah tidak boleh menerima awak lagi setelah saya tahu awak sudah mulai suka
pada dia.
Awak tahu tak, masa
mula-mula dulu. Saya benci sangat pada awak, pada tingkah laku awak, perangai
awak dan sesetengah perkara lain yang berkaitan dengan awak.
Sebab tu masa
mula-mula awak cakap awak suka saya saya tak endahkan. Tapi, bila dah banyak
kali awak minta pada saya, saya cuba beri peluang pada diri saya untuk terima
awak. Sungguh saya tak tipu memang sukar untuk saya terima awak walaupun pada
ketika awak lamar saya tu awak dah berubah.
Ingat tak saya minta
tempoh seminggu untuk buat keputusan. Time tu saya fikir saya relakan juga hati
saya terima awak walaupun saya masih keliru samada perasaan saya betul-betul
suka atau simpati. Tapi, bila saya teringat kata ibu, saya decide untuk terima
awak. I accepted your propose.. WHY??
Sebab ibu pernah
cakap pada saya, biarlah cari jodoh dengan orang yang betul-betul sayang kan
kita daripada kita je yang sibuk sayang kat dia.. nanti kita hidup tak berapa
bahagia sebab dia takkan jaga kita dengan elok sebab dia tak sayangkan kita..
Jadi, saya terima
awak sebab awak cakap awak sayangkan saya.
Tapi kan awak...saya
tak sangka sayang itu tak lama.. saya setia, tetapi awak?? Apa awak buat pada
saya??
Kadang kala saya
sedih sangat.. Tapi saya tak boleh buat apa-apa. Semua ni dari Allah juga.
Lepas ni antara kita dah tak ada apa-apa lagi.. Kita berpisah cara baik.. Saya
doakan awak bahagia dengan dia.. Mungkin hati saya sedikit terluka namun saya
tahu luka tu takkan lama..
Sebab saya tahu saya
ada DIA.. DIA yang cipta semuanya.. jadi saya tak risau apa-apa. Dulu kan saya
pernah beritahu awak supaya kejar cinta DIA dulu. Tapi awak terburu-buru. Dan
sekarang awak lihatlah apa yang terjadi tak seindah yang kita rancangkan..
Saya bukan ustazah
untuk bagi ceramah pada awak, tapi saya sebagai seorang sahabat ingin
mengingatkan mana yang baik untuk awak. Lepas ni pesan saya jadilah seorang
imam yang terbaik untuk dia. Maafkan saya..
Mungkin salah saya
juga yang tetapkan syarat supaya awak jangan selalu contact saya. Mungkin awak
rasa sunyi. Sebab tu awak cari yang lain
kan??
Tapi awak tahu tak
saya buat semua tu sebab saya nak jaga syariat agama. Saya memang bukan seorang
wanita yang baik malah saya juga bukan bidadari syurga yang sempurna di mata
manusia tetapi saya seorang srikandi islam yang sedang berjuang dalam mengejar cintaNya.
Saya fikirkan satu
hari nanti awak bakal jadi imam yang terbaik untuk saya, tetapi semua tu tak
tercapai jua.
Maafkan saya..
Mungkin sudah tercatat di Luh Mahfuz bahawa tiada jodoh antara kita. Saya
redha. Saya terpaksa lupakan awak. Jangan pernah meminta lagi pada saya.
Maafkan saya
Syafiq.Selamat tinggal. Nur doakan Syafiq bahagia. Amin..
Assalamualaikum..
J
Wednesday, 1 August 2012
Saya Lepaskan Awak Pergi
Hari ni saya nekad untuk meleraikan segala kekusutan yang ada. Saya
leraikan hubungan saya dan Syafiq. Maafkan saya Syafiq.Sebabnya saya buat keputusan in ialah bila saya terlihat komen-komen di
ruangan facebook yang ada pada wall dia. Bila saya baca komen yang ada saya
dapat rasakan hati dia bukan lagi untuk saya seorang. Tapi untuk wanita lain
juga, untuk Zawi.
Malam tu waktu saya online di fakulti kampus saya. Saya tegur dia yang kebetulan tengah online. Waktu tu lah
saya leraikan ikatan kami. Kami berpisah cara baik.Saya tak nak ada hati yang
terluka. Jadi saya nekad undurkan diri saya.
Saya agak kecewa namun saya redha dengan ketentuan ini. Lepas ni bermula
lah episod kisah saya yang single. Jadi, lepas ni saya tak nak lagi terima
mana-mana perasaan yang boleh mengganggu fokus saya. Saya cakap pada dia saya
nak fokus pada kerjaya dan masa depan saya. Dia hanya diam dan merelakan saya
pergi.
Kalau anda lihat semua ni salah saya ke? Saya tak tahu nak buat macam mana. Saya seorang wanita.Saya tahu bagaimana
sakitnya hati bila di lukai. Jadi saya tak nak ada wanita lain yang terluka.
Lantas itu saya undur diri supaya semua orang bahagia.
Biarlah hati saya luka seketika, tapi akhirnya akan ada ubatnya. Betul kan? kata orang walaupun kita suka seseorang tak semestinya kita dapat memilikinya.
Biarlah hati saya luka seketika, tapi akhirnya akan ada ubatnya. Betul kan? kata orang walaupun kita suka seseorang tak semestinya kita dapat memilikinya.
Oklah, sampai di sini sahaja entri kali ini.. semoga bertemu kembali..
Subscribe to:
Posts (Atom)