Monday, 18 June 2012

Minggu Busy Kami


            Hai... sekarang dah masuk minggu exam.. So, tugas saya sebagai seorang pelajar harus di utamakan. Jadi saya tak dapat tumpukan masa saya sepenuhnya kepada bidang pekerjaan yang saya ceburi. Selepas exam ni saya ada outstation. Saya praktikal. Tak semua rakan ofis  saya yang terlibat. Yang ada Cuma senior-senior sahaja kebanyakkannya iaitu Amir,Fazli, Muhammad, Atie, Amy,Sue, Sofia dan juga saya. Jadi tugas kami sepanjang beberapa bulan ni ialah melaksanakan praktikal kami dengan jayanya. 

            Mula-mula agak keberatan juga untuk saya menerimanya sebab antara ramai-ramai rakan saya yang outstation Cuma saya, Atie dan Sofia sahaja yang sememangnya buat praktikal bukan dalam kawasan sendiri. Its mean, kami menumpang di daerah orang. Jauh nak balik, jadi kami decide stay sahaja di kawasan tempat praktikal tu.

          Tapi tak apalah, kat mana-mana tempat pun kami tak kisah yang penting kami dapat belajar sesuatu yang baru. After exam ni saya rasa saya terpaksa belajar berdikari tanpa ada orang yang selalu ada dengan saya. Tiada rakan kolej, rakan sebilik yang sama-sama dengan saya masa saya tinggal di kolej. Jadi saya terpaksa tinggal di kawasan tempat tinggal baru  dan berkenalan dengan orang baru. Saya harap sangat saya tak kekok dengan suasana baru. Amin..

Friday, 8 June 2012

Mereka Bahagia :)


             Menyambung kisah Muhammad dan saya. Sekarang dekat ofis dah ramai orang baru dan junior-junior baru yang baru start kerja. Bila suatu hari sahabat saya Iza perkenalkan Zuhairah untuk kerja di ofis kami hubungan saya dengan Zuhairah makin rapat. Bila Iza tak ada saya akan keluar dengan Irah. Malah Irah juga rapat dengan Muhammad sama seperti mula-mula saya berkawan dengan Muhammad. Lama-lama kelamaan saya perhatikan mereka semakin rapat. Malah Irah lebih mesra dengan Muhammad daripada saya bebanding dari permulaan kami kenal. Tapi tak mengapalah. As long as Irah tak berniat lagi untuk berhenti kerja seperti dulu bila dia pernah mengalami masalah keluarga yang menyebabkan ada kekangan untuknya terus bekerja, Alhamdulillah sekarang family Irah dah bertambah baik dan Irah masih stay kerja bersama kami. 

            Menyentuh soal Irah, dia sangat pemalu mulanya. Lama kelamaan dia jadi ok. Dan dia pernah menangis sewaktu dia ceritakan masalahnya dengan kami rakan sekerja. Saya kesian sangat dengan Irah. Nasib baik Irah ad seorang lagi rakan baik yang sememangnya Irah kenal sebelum masuk kerja di ofis kami. Nama dia Siti. Sitilah yang banyak bantu Irah dalam mendapat kembali semangat dia. Kebetulan Muhammad pun rapat dengan Irah. So, adalah pembakar semangat untuk Irah teruskan bekerja bersama kami. Alhamdulillah..

           Saya syukur sangat bila Irah kembali ceria bila tiada lagi masalah keluarga. Lebih-lebih lagi bila Muhammad pandai mengambil hatinya dan menceriakannya. Lama-kelamaan hubungan mereka menjadi rapat. Waktu tu, kalau boleh di katakan satu ofis kami sudah tahu hubungan mereka. Cumanya mereka tidak buat declaration sahaja.

              Pada waktu ini saya hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka. Tetapi, ada sesuatu perkara yang dah lama saya simpan yang orang lain tak tahu. Sebenarnya Lin pernah meluahkan hasrat hatinya pada saya bahawa dia dah lama meminati Muhammad dan pernah berharap untuk pergi lebih jauh lagi bila hubungannya dengan Muhammad terjalin. Dia dah lama minat pada Muhammad semenjak sebelum Irah dan Muhammad berhubungan. Sekarang, Lin hanya mampu menahan kecewa dan hampa bila melihat kemesraan Irah dan Muhammad sewaktu di ofis. Mereka memang jarang tunjuk di ofis, tapi adakalanya kemesraan itu tetap terlihat di sesuatu bahagian atau tempat dan keadaan tertentu.
Saya hanya mampu memberi kata semangat pada Lin. Saya tahu Lin sedih dan sedikit hampa tetapi apalah daya saya. Saya doakan supaya Lin tetap tabah dan mendoakan yang terbaik untuk Muhammad dan Irah.

        Sejak hari itu Lin kerap tidak datang kerja atas alasan yang agak munasabah. Tetapi hakikatnya aku mengerti kenapa. Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Lin.


Tuesday, 5 June 2012

Kisah Kami


                  Sebulan, Dua Bulan, Tiga Bulan dan setengah tahun pun dah lepas dah kalau di kira masa perhubungan kami.. sekarang dah hampir 11 bulan kami kenal.. Banyak perkara kami telah lalui bersama. Sejak saya berkerja dengannya macam-macam peristiwa yang berlaku.. Ada suka, ada duka, pendek kata kami rapat sebab tugas kami memerlukan komitmen secara kumpulan dan seharusnya perlukan kerjasama.. Lagi pun mana-mana kerja yang involve in group mesti perlukan komitmen dan kerjasama yang tinggi.. betul tak? Kalau tak macam mana kerja tu nak siap dengan jayanya.


                Kenapa tiba-tiba nak cerita pasal dia je eah? Hurm.. Terus teranglah kata yang sebenarnya saya pernah suka dia sewaktu empat bulan perkenalan kami. Macam mana saya boleh suka pada dia? Sebabnya mungkin kami agak rapat jika di bandingkan dengan rakan kerja yang lain. That’s why perasaan untuk suka pada dia tu timbul. Saya tak tahulah macam mana nak cakap tapi perasaan suka tu pernah wujud dan pernah bertapak di hati saya satu ketika dulu. Dia tak tahu. Mungkin bagi dia saya cuma rakan sekerjanya dan juniornya sebabnya dia lebih senior dalam bidang pekerjaan kami ini.. Masa mula-mula saya rasa suka pada dia saya rasa sedih sangat sebab saya kalau boleh tak nak ada perasaan pada sesiapa pun sepanjang saya membina karier saya sebagai seorang pelajar dan seorang konsultan akademik yang berjaya.. Sebabnya saya takut saya lalai dan apa yang saya ingin capai tak kesampaian nanti bila saya terjebak dalam kancah percintaan..


             Tapi, saya syukur sangat sebab saya tak pergi sejauh itu. Sebabnya saya seboleh-boleh mengelak untuk terbitkan lagi rasa sayang pada dia. Bermula dengan step pertama saya start menjauhkan diri sedikit demi sedikit. Mungkin dia tak perasan, tapi apa yang saya rasa waktu tu ialah cuma untuk lari dari perasaan cinta dan kasih sayang yang tak di undang. Hampir sebulan saya cuba cipta gap antara kami. Dan finally perasaan suka pada dia dah berkurang.. Alhamdulillah.. Syukur.. Walaupun tak sepenuhnya at least saya takdelah macam orang gila bila duduk minat pada orang yang dia langsung tak tahu saya suka pada dia.. Lama kelamaan saya jadi biasa dan perasaan tu senyap seketika.

             Pada suatu hari, saya keluar makan dengan dia dan rakan-rakan sekerja yang lain selepas siap kerja kami. Kami keluar menaiki satu kereta sebab nak jimat minyak.  Sewaktu dia drive kereta tiba-tiba seorang rakan kerja saya tercerita pasal perkara yang membabitkan relationship. Tiba-tiba saya terlepas cakap mengenai hubungan rakan saya tu dengan seorang rakan kerja kami yang lain yang sememangnya dia tak tahu pasal berita tu. Dia agak terkejut dan tak sangka. Tiba-tiba rakan saya yang malu bila ceritanya dah di ketahui itu terus buka mulut dan cerita pasal saya. 

“Kalau Muhammad nak tahu Kak Nur tu lagilah dah tunang.” 

         Time tu saya terus terdiam bila Hanis tiba-tiba buka cerita mengenai saya. Waktu tu saya malu sangat-sangat. Nasib baik waktu tu saya duduk di seat belakang. Kalau tak tentu nampak jelas muka saya kemerahan sebab malu. Muhammad tanya siapa tunang saya dan saya tidak beritahu siapa. Muhammad cakap lagi pada saya, 

“Siapalah yang dapat Nur. Untung betul”. Saya hanya membalas “Untung ke? Mana ada untung.”

           Lepas daripada situ kami semua terus senyap dan terus berhenti menuju ke kawasan tempat makan yang sering kami pergi. Sewaktu makan saya duduk berhadapan dengan Muhammad. Tengah makan tu sempat lagi Hanis dan seorang lagi rakan kami Lin sibuk cerita pasal hal yang tak habis tadi. Saya dah mula rimas bila mereka tak berhenti cerita sebabna saya bimbang Muhammad akan tanya lagi soalan cepu emas pada saya. Dan tekaan saya tepat sangat waktu tu.

“Kalau dah tunang mana cincinnya?”tanya Muhammad.
“Ermm.. oh, mak simpan cincinnya sebab takut hilang. ”balasku dengan nada yang teragak-agak.


            Waktu tu saya memang tak berani langsung memandang wajahnya. Saya malu dan saya takut jika saya di kesan menipu. Saya langsung tak kejap melihatnya selepas menjawab pertanyaannya itu. Sempat saya perhatikan wajahnya yang agak serius. Saya takut sangat. Kenapa tiba-tiba air mukanya berubah. Wajahnya juga seperti menyembunyikan sesuatu.

       Dalam hati saya bersyukur sangat-sangat apabila dia tak dapat mengesan bahawa saya sedang menipunya.

Sebenarnya saya tiada cincin tunang pun awak. Kalau ada mesti saya  pakai. Tunang yang mereka maksudkan ialah pertunangan cara Islam. Bila mana seorang lelaki melamar seseorang wanita untuk di jadikan isterinya dan wanita itu menerimanya maka wanita itu telah menjadi tunangannya dan lelaki lain tidak boleh melamarnya untuk di jadikan isteri sehinggalah pertunangan itu di putuskan.

               Saya sebelum ini pernah bercerita kepada Hanis dan Lin bahawa saya sudah bertunang mengikut cara Islam dan siapa orangnya itu sememangnya saya rahsiakan. Tak sangka pula saya mereka berdua ingat mengenai cerita saya itu sampai jatuh ke pengetahuan Muhammad yang sepatutnya tak elok di hebah-hebahkan pada orang yang tak seharusnya di beritahukan. Namun apakan daya, perkara dah jadi. Saya relakan hati saya. Apa yang sedihnya saya terpaksa menipu mengenai cincin itu walaupun hakikatnya cincin itu belum wujud lagi. Maafkan saya sebab terpaksa menipu. Kalaulah Muhammad tahu erti sebenar pertunangan dalam Islam pasti dia mengerti maksud Hanis dan Lin. Tapi saya tak pasti samada Muhammad tahu perihal itu atau pun tidak.

           Tak mengapalah. Bukan jadi apa-apa pun bila Muhammad dah tahu pasal hal pertunangan tu. Let it go. Just be like normal. Tak ada kesan apa-apa pun pada dia.

            Sejak Muhammad tahu saya dah bertunang saya rasakan hubungan kami semakin renggang. Mungkin dia cuba gapkan perhubungan kami kerana bimbang dengan saya yang dah memegang status bertunang. Ya, memang inilah yang saya harapkan waktu dulu, waktu saya mula-mula ter”suka” pada Muhammad.
Tapi... kenapa bila jadi macam ni saya rasa sedih.Seperti ada gap antara kami. Entahlah. Saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba saya sedih sedangkan ini yang saya mahukan sebelum ni.

           Mungkin saya masih ada perasaan suka ada dia. Sebab tu saya rasa macam ni. Teruk betul saya kan. Mungkin ada yang pelik bila saya cakap macam ni dan ada yang fikir saya curang. Saya dah ada tunang pun masih suka pada orang lain. Betul tak??

            Terpulang pada anda yang menilainya. Saya yang melaluinya dan saya sahajalah yang merasainya. Mungkin anda tidak tahu mengenai hubungan saya dan tunangan saya. Kami hanya mengikat pertunangan melalui kata-kata.Tidak ad hantaran cincin dan sebagainya. Selepas itu itu kami berkawan seperti biasa sebabnya jauh lagi masa untuk kami tempuhi alam perkahwinan. So, kami jarang berhubung. Kami tidak selalu mesej, tidak selalu buat panggilan dan kami juga jarang chat atau online bersama. Kami tak buat apa yang orang lain selalu buat bila mereka berhubungan. Nampak tak cara kami macam mana? Kalau anda di tempat saya adalah tidak mustahil bukan bagi anda untuk jatuh hati pada orang lain? Lebih-lebih lagi bila tunang anda itu sememangnya duduk jauh daripada anda. Memang dah hampir setahun setengah tak berjumpa setelah anda bertunang dengannya. So, adakah saya kejam jika saya cakap saya pernah suka pada seseorang seperti Muhammad? Anda sendiri yang menilainya.
         
        Sebab tu pada permulaan cerita saya cakap saya sedih bila ada perasaan pada Muhammad. Mungkin waktu anda membaca ini anda dah mula nampak sedikit cerita hidup saya bagaimana. Semoga anda berprasangka yang baik-baik ye J. . Sampai di sini sahaja entri saya kali ini. Semoga berjumpa lagi..

Saturday, 2 June 2012

First Post For This Blog


            Actually I don’t know why suddenly I have an idea to create a new blog and for your information I didn’t write to any blog for about a year . . it’s quite long time right?  

           Hurm.. saya memang minat menulis, tetapi sudah lama tak menulis di sebabkan ada beberapa kekangan... Hari ni tiba-tiba teringin nak tulis sebab tiba-tiba terasa rindu sangat-sangat untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea di dalam bentuk tulisan. . mungkin juga sebab tiba-tiba saya teringat kepada seseorang .  Dulu dia pernah baca blog saya.. Sekarang dia dah tak buat semua tu dah.. dia busy..

          Entah kenapa bila dia baca blog saya, saya rasa suka.. Siapa dia? Dia ialah orang yang baru saya kenal tak sampai setahun. 29 Sept ni genap setahun saya kenali dia. Kami kenal dan berjumpa dalam satu majlis ilmu. First time saya lihat dia agak tertarik dengan penampilannya pada malam itu.. Mungkin sebab pemakaiannya yang smart ..

          Tapi sekarang tidak lagi. Bila luar dari majlis formal dia biasa je. Apalah saya ni kan? Tengok orang pada penampilan. Tapi betul apa orang cakap first impression tu agak penting.
Apa-apa pun saya still berkawan dengan dia.. Hurm, so far our friendship getting better. Dulu masa mula-mula saya segan nak cakap dengan dia. Bila dah lama-lama saya ok pula bila berurusan dengan dia.. saya rasa senang bila dengannya.