Thursday, 2 May 2013

Didikan VS Zaman

Saidina Ali karamallahu wajhah berkata:"Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya".

Kalau para sahabat sendiri yang katakan macam ni kenapa kita insan biasa nak pertikaikan??
Siapa kita? Adakah kita orang yang rapat dengan nabi, tergolong dalam golongan sahabat, tabi'i dan tabi'in??
Sudah pasti bukan kan?

Menyentuh soal zaman ni pada aku kadang-kadang akan jadi isu. Sebab apa? Sebab aku pernah alaminya sendiri. 
Bilamana suara orang muda langsung tidak di dengari sedangkan kita seringkali di dendangkan dengan pepatah atau perumpamaan yang berbunyi 
"Yang tua di hormati, yang muda di sayangi". 
So adakah kita yang muda ni dikira di sayangi kalau pendapat, cadangan atau penjelasan kita tentang sesuatu perkara langsung tak di dengari.
Aku tahu bila aku cakap macam ni orang akan banned aku. Pedulikanlah. Ada aku kisah? Who cares?? 

Kalau kita hidup di zaman serba moden tapi fasiliti tak di gunakan sepenuhnya buat apa duduk kat zaman ni. Baik balik zaman batu sana!
Bila orang muda sibuk menyatakan pendapat di skrin komputer, memberikan cadangan dan aduan hanya melalui ruang sosial mereka cakap kita ni seolah-olah memalukan diri sendiri.

Apa tu?? apa kaitan memalukan diri sendiri kalau apa yang kita cuba suarakan tu memang betul.
Mungkin dia kata cara kita salah, sebab kita sepatutnya ada prosedur dan cara pendekatan yang betul kalau nak buat aduan atau cadangan mengenai sesuatu perkara.
Tapi pada akulah aku tak berkenan dengan jawapan yang mereka berikan. Sebab apa??
Sebab selalunya dan selama ni bila ada yang ikut prosedur, ada orang ambil kisah??
Ada orang bela?? Ada orang ambik tindakan?? 90 peratus kebanyakannya tak ada tindakan.
Yang 10 peratus tu pun mungkin sebab mereka dah tak sanggup di follow up hari-hari dengan soalan dan ajukan yang sama.

Bila jadi macam ni, anak-anak muda dah malas nak ikut prosedur dah.Sebab dah give up, dah fed up.
Mulalah budak-budak muda ni menjadikan facebook dan twitter sebagai trend dan sebagai saluran untuk menyatakan pendapat dan luahan mereka yang kebanyakannya benar.

Dan kemudian apa terjadi?? Jadi isulah!! apa lagi...

Mulalah sibuk pihak yang lebih dewasa ni nak pertikaikan macam-macam. Cakap saluran tak betullah, menjatuhkan nama sendiri lah, melanggar etikalah dan macam-macam lagi lah.
Lepas tu adalah pulak orang yang sokong depa ni semua cipta perkataan baru. Nak tahu apa perkataan tu??
Rasanya kebanyakan orang dah tahu dah..haha..

KEYBOARD WARRIOR!!!

Hahaha... tak memasal je kan.. dah kena cop sebagai keyboard warrior.
Mereka sedar ke tak yang selama ni bila budak muda guna saluran yang betul, mereka abaikan dan tutup telinga.
Bila dah kecoh satu facebook, twitter baru lah nak concern bagai.
Ceh! apa lah.. tak ada kredibiliti langsung. Macam mana orang nak percaya kita.
Dah kata anda lebih dewasa, anda sepatutnya tunjukkan contoh pimpinan yang baik, Kalau tak macam mana nak jadi pemimpin??
Ingat jadi pemimpin ni mudah ke?? 
Nak faham anak buah, nak berinteraksi dengan mereka yang hidup di zaman serba canggih ni hah bukan mudah ye.
Kalau cara dan pendekatan salah, elak orang tak hormat kita je.
Jangan ingat bila dah jadi orang yang lebih berkuasa, dapat duit lebih banyak dari orang yang lebih muda kita nak tunjuk act pulak.
Tugas kita letak tepi pulak kan?? Mana boleh macam tu kot. Nanti esok kat akhirat di tanya setiap perbuatan kita.

Yang pasal tak buat tugasan memimpin ni satu hal, yang tak amanah tu pulak lain cerita.
Dengan orang yang lebih muda dia ingat dia boleh tipu ke? budak zaman sekarang banyak saluran kot. Apa-apa benda yang tak betul mudah je tersebar.
Kau nak malu?? Padan muka!! siapa suruh tak amanah.

Ni lah aku nak cakap, zaman sekarang bukan zaman dahulu punya cerita. 
Kalau nak didik kena cara betul. Kalau acuan tak betul manakan jadi kuihnya.
Bila keadaan dah jadi parah memang susah nak rawat.
Sebab kita sendiri selalu dengar orang cakap "Mencegah lebih baik dari mengubati".
Itu bukan orang zaman kami yang cipta frasa tu, tapi sejak dari zaman nenek moyang lagi.

Kalau dah rasa anak-anak muda dah tak boleh di kawal lagi, muhasabah diri banyak-banyak ye.
Tengok dan kaji balik cara didikan dan pendekatan yang kita guna. 
Adakah sesuai dengan trend semasa muda-mudi zaman sekarang?? 
Kalau tak, baikilah. Ubah pada cara yang betul.
Kalau dah betul, tapi masih tak menjadi sila cek semula. 
Mungkin kita ada silap kat mana-mana atau kita tak gunakan dan selitkan pendekatan agama dalam didikan kita.
So tu je penyelesaiannya. Kalau tak apa yang kita buat sia-sia je ibarat "mencurah air ke daun keladi".
Anak-anak muda tak patut di sekat cara pemikirannya. Sebab mereka hidup dalam zaman berteknologi tinggi. 
Pemahaman dan ilmu kehidupan yang ada pada muda-mudi zaman sekarang totally different.


So, sekarang ni tak payah nak blame to the youngers only ok.
Kalau tulisan seumpama ini pun orang dewasa tak sudi nak baca dan tak terima, macam mana nak menyelami jiwa muda-mudi masa kini??
Macam mana nak didik mereka kalau tak fahami jiwanya??
So, didiklah mereka sesuai dengan zamannya supaya nilai hormat pada mereka yang lebih dewasa tu takkan pudar dalam diri anak-anak masa kini.

Ada bantahan dengan apa yang aku cakap ni??
Ada sesiapa yang tak suka??
Kalau ada, baguslah. Memang aku nak orang yang tak suka tu tahu apa yang diaorang patut tahu.
Tapi walau korang tak suka dan benci dengan kata-kata aku ni sekalipun aku tak hairan. 
Aku malas nak cara dah. Who cares??
Nak banned aku?? Ban lah.. Aku ni kan "Keyboard warrior"
yang selalu korang gelar tu. Kalau dah "Keyboard warrior" memang medan penulisanlah jadi mainannya.. 
Kah kah kah. Aku gelak. Kejam sangat ke aku ni? Sikit je ni, kalau lebih-lebih nanti kang kena buang daerah or negara pulak. 
Haha.

Akhir kata, dengar dan fahami dulu situasi orang lain. Fahami jiwa orang lain, kalau tak kau akan sakit jiwa.haha

Susulan daripada kata-kata Saidina Ali tadi memang betullah sebenarnya. Kalau nak didik anak mestilah sesuai dengan zamannya.
So, ada siapa-siapa nak bantah lagi?? Bantahlah!! Ada aku kisah??
~Anonymous~


Saturday, 30 March 2013

Kias Cinta- Suhaimi Saad

Seandainya dunia tiada warna
Tetap kan ku kagumi
Indah maya alam ciptaanNya
KudratNya ku agungi

Namun jalin warna
Zahirlah sang pelangi
Menyisih mendung menambat seri
Terbias semua cahaya
Nyata ilham di alam mimpi
Betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti...

Begitu kias cinta
Hadir menghuni jiwa
Menyatu sejuta rasa
Kurnia penuh bermakna

Tika dalam gelita
Atau sepi kembara
Dihadirkan rasa cinta
Sisih segala duka
Anugerah dariNya

Hanyalah cintaNya
Yang amat ku harapkan
Tiada lain yang jadi rayuan
Namun Dia Maha Mengerti
Tak mampu insan bersendiri
Menempuh dugaan yang menguji
naluri...

Tak akan ku persia
Limpah rahmat Yang Esa
Bagaikan jalinan warna
Yang menyulam cahaya
Biasan kasihNya

Moga tak diuji
Asyik cinta duniawi
Mengharap teduh redha Illahi
Kerna segala kurnia
Hadirnya hanya pinjaman
Sungguh ku syukuri kesempatan
Bahagia..



Thursday, 31 January 2013

Aku Mahu Dia- Hazama


Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu



Actually saya tak tahu nak tulis apa, just terdengar lagu ni.Then,terasa nak share kat sini.Tak ada kiatan langsung dengan diri saya..ok bye.. :)

Wednesday, 23 January 2013

Syukur

Alhamdulillah.. hati ini rasa bahagia seketika.. Terima kasih Ya Allah.. Kini aku semakin sedar dengan kasih sayangMu.. :)


Ya Allah, saya rasa sedih campur gembira.. Semalam mungkin saya menangis atas sebab sesuatu yang mengganggu perasaan.. Hari ini kedukaan itu sedikit terubat. Kerana apa?kerana usaha yang saya lakukan selama ini berhasil.

Mungkin kali ini prestasi kerja saya merosot namun kali ini pelajaran saya sedikit meningkat. Saya menangis. Saya tahu saya bukan seorang yang pandai apatah lagi bila menumpukan dua perkara dalam satu masa iaitu bekerja dan belajar. Tapi kali ini target saya sampai. Saya gembira. Walaupun tak dapat anugerah dekan, namun saya bersyukur.  Bukan mudah untuk saya dapat kepetusan seperti ni. Ya Rabbi.. Syukran.
Walaupun pada orang lain result saya biasa tapi bagi saya ia sangat berbaloi. Sebab apa? Pada saya tak perlulah nak bandingkan result kita dengan kawan atau sahabat yang lain. Tapi bandingkan dengan prestasi kita sendiri. Itulah yang saya buat.

Inilah kenapa saya rasa syukur sangat. Sebab saya dah berjaya atasi rekod saya sendiri. Alhamdulillah..Syukur pada Allah. Saya harap sangat semester akan datang prestasi kerja dan pelajaran saya seiring, meningkt sama2 lebih baik lagi. Aamiin..


Thursday, 10 January 2013

Mohon Ketabahan Hati

Dingin bayu meresap ke lubuk hati.. Hanya Dia yang tahu apa yang kurasakan saat ini... Allah, bagai mahu mengalir air mata ini.. Dugaan demi dugaan haru ku hadapi... Kadangkala puas jugaku bermonolog dan bertanya sendiri.. Adakah ini tanda kasihMu Ilahi??

Benar kata orang, dugaan mematangkan seseorang.. Mungkin inilah apa yang ku rasakan kini.. Acapkali di duga, terluka dan kadangkala kecewa.. Sampai satu ketika seakan tidak mampu lagi menahan segalanya yang bersemadi di dalam jiwa...

Kala ini, aku menulis bukan kerana apa..Hanya ingin melepaskan sedikit beban di jiwa..Apa yang ku harapkan hanyalah kepastian atas semua yang berlaku ini.. sudah lama aku menunggu dan berharap agar kejujuran itu tercerita.. Namun acapkali juga aku hampa..

Manusia, memang sukar di duga.. Sukar di teka pemikran dan tingkahlakunya.. Mungkin kala ini ku sendirian membalut luka di jiwa, namun aku sedar ad Rahmat dariNya...

Ya Rabbi, tabahkan hati ini menempuhi segala ujian.. Hanya Engkau tempat mengadu segalanya..
Moga esok hari kan bersinar mentari pagi seindah seceria hati yang bakal aku ceriakan ini setelah malamku berkalut dan berselubungi benci...

"WALAU SEKUKUH MANA PUN PERCAYA KITA PADA SESEORANG, SIMPANLAH SEDIKIT KERAGUAN DI DALAM HATI SUPAYA BILA SUATU KETIKA NANTI KITA DI UJI,KITA TIDAK AKAN TERUS JATUH REBAH "